Monday, October 28, 2013

Mentor bekerja dari rumah



Perlukah Mentor Walaupun Bekerja Dari Rumah? 

Bekerja dari rumah sangat mencabar ketahanan mental dan memerlukan seorang mentor.Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya sentiasa terdedah dengan cabaran yang sangat besar berbanding mereka yang bekerja di luar rumah atau pejabat.Cabaran paling utama ialah berhadapan dengan bayi atau anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Pengurusan masa yang betul dan disiplin diri yang tinggi perlu ada dalam diri setiap wanita yang bekerja dari rumah selain dari usaha yang konsisten dan sikap tidak mudah berputus asa.
Puan Masayu Ahmad,beliau ialah mentor saya dalam menjana pendapatan dari rumah.Beliau adalah seorang suri rumah dan ibu yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.Beliau ialah seorang penulis bebas,editor,usahawan online, dan guru online yang hanya menjana pendapatan dari rumah.Kejayaan beliau amat saya kagumi dan menjadi contoh kepada saya.

Tidak dinafikan,kadang-kadang motivasi diri saya jatuh merudum.Pernah juga berasa tertekan apabila bekerja dari rumah disebabkan kerenah anak yang masih kecil.Namun,setiap kali saya merasa agak tertekan,saya akan membaca kembali buku beliau yang bertajuk ‘’Jana RM Dari Rumah’’.Buku ini sangat membantu saya bagaimana mengurus tekanan dan emosi ketika bekerja dari rumah. Pelbagai ilmu yang saya pelajari melalui buku beliau.Ilmu sangat penting untuk berjaya tak kira apa pun yang kita kerjakan.Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan.Berniaga tanpa ilmu ibarat memandu kereta tanpa petrol.
http://nurbalqisqahira.blogspot.com/2013/10/perlukah-mentor-walaupun-bekerja-dari.html

No comments:

Post a Comment