Thursday, October 3, 2013

Sihat cara Rasululullah


Tips sihat cara Rasulullah

Teks: Masayu Ahmad

Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam al-quran dan sudah diwarisi amalan dari Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah amalan sunnah untuk menjaga kesihatan, untuk kesihatan rohani dan fizikal. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.

1. Bangun sebelum subuh

Sebaik-baik permulaan hari memulakan qiamullail atau bertahajud, menyampaikan hajat dan menyepikan diri untuk muhasabah, doa. Ia sebaik-baik permulaan hari. Mandi awal pagi, bertahajud dan terus sambung menunaikan solat subuh.

Jadi tidak ada alasan lagi bagi orang cemerlang yang berpagi-pagi ke arah kebaikan.

Antara hikmah dan manfaat, mendapat udara segar awal pagi mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga menguatkan mental dan fizikal untuk menyambung perjuangan dalam rutin harian.

2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa rapi dan bersih. Setiap Jumaat melakukan amalan bercukur, memotong kuku, menyikat rambut dna berwangi-wangian.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikan pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian" (HR Muslim)

3. Makan sekadar perlu

Dalam tubuh manusia terdapat tiga ruang, satu pertiga untuk udara, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk makanan.

Bahkan, puasa bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik-baik amalan untuk menyeimbangka kesihatan tubuh.

Sabda Rasulullah:

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, mengunjungi sahabat, medah jihad, pasar dan sebagainya. Berjalan kaki menjadikan diri aktif, menlancarkan peredaran darah dan boleh berpeluh. Ini boleh mencegah pelbagai penyakit.

5. Sabar

Maksudnya tidak pemarah. Kekuatan dan hakikat kesihatan sangat berkait rapat emosi dan fizikal. Apabila seseorang menahan marah ia juga sedang menguatkan fizikal dan mental.

Cara untuk mengelakkan marah, apabila sedang berdiri maka duduk. Jika sedang dudu maka berbaring. Segera berwuduk. Solat doa rakaat untuk menghilangkan kegundahan hati.

6. Tidak putus asa dan optimis
Sentiasa positif, sabar, istiqamah, serta tawakkal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati

Buang segala perasaan dengki atau iri hati. Ia juga adalah toksin yang boleh meracun diri dalam keadaan tidak sedar. Perasaan negatif ini boleh membuatkan tubuh rasa letih, dan juga punca meransang pelbagai penyakit fizikal tanpa kita sedar.

1 comment:

  1. tip yang bagus untuk di amalkan dalam kehidupan seharian kita.

    ReplyDelete