Monday, October 28, 2013

Mentor bekerja dari rumah



Perlukah Mentor Walaupun Bekerja Dari Rumah? 

Bekerja dari rumah sangat mencabar ketahanan mental dan memerlukan seorang mentor.Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya sentiasa terdedah dengan cabaran yang sangat besar berbanding mereka yang bekerja di luar rumah atau pejabat.Cabaran paling utama ialah berhadapan dengan bayi atau anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Pengurusan masa yang betul dan disiplin diri yang tinggi perlu ada dalam diri setiap wanita yang bekerja dari rumah selain dari usaha yang konsisten dan sikap tidak mudah berputus asa.
Puan Masayu Ahmad,beliau ialah mentor saya dalam menjana pendapatan dari rumah.Beliau adalah seorang suri rumah dan ibu yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.Beliau ialah seorang penulis bebas,editor,usahawan online, dan guru online yang hanya menjana pendapatan dari rumah.Kejayaan beliau amat saya kagumi dan menjadi contoh kepada saya.

Tidak dinafikan,kadang-kadang motivasi diri saya jatuh merudum.Pernah juga berasa tertekan apabila bekerja dari rumah disebabkan kerenah anak yang masih kecil.Namun,setiap kali saya merasa agak tertekan,saya akan membaca kembali buku beliau yang bertajuk ‘’Jana RM Dari Rumah’’.Buku ini sangat membantu saya bagaimana mengurus tekanan dan emosi ketika bekerja dari rumah. Pelbagai ilmu yang saya pelajari melalui buku beliau.Ilmu sangat penting untuk berjaya tak kira apa pun yang kita kerjakan.Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan.Berniaga tanpa ilmu ibarat memandu kereta tanpa petrol.
http://nurbalqisqahira.blogspot.com/2013/10/perlukah-mentor-walaupun-bekerja-dari.html

Saturday, October 26, 2013

10 Idea bisnes makanan

Teks: Masayu Ahmad


1. Menjual sarapan pagi

2. Jualan menu tengahari

3. Membekal makanan bajet pelajar

4. Katering kecil-kecilan

5. Kek dan roti

6. Pek rempah ratus dan resipi mudah

7. Makanan sejuk beku

8. Makanan tradisi
Bina kepakaran memasak dengan membuat pengkhususan makan tradisi. Masyakarat Malaysia tidak kira kaum memang suka akan makanan tradisi. Makanan yang menjadi memori ketika kecil, malah ia menjadi pilihan untuk majlis keraian, majlis kesyukuran, perkahwinan dan sebagaiya.
Hadir ke kelas yang mengajar dan pelajari teknik memasak dan menyediakan masakan tradisi.
Tempahan masakan tradisi ini sudah tentu sekitar kawasan perumahan, pejabat, majlis-majlis tertentu. Bina dan asas kepakaran untuk memasak dan menyediakan dalam kapasiti yang banyak berdasarkan kemahiran menerima tempahan dalam pelbagai pakej besar atau kecil.
Ini juga boleh disediakan operasi hanya dari rumah sahaja.

9. Pelbagai kerepek dan keropok pilihan popular

Makanan seperti ini mendapat sambutan sepanjang tahun. Contohnya musim perayaan seperti ini sangat tinggi permintaannya. Manakala bagi musim bukan perayaan masih boleh teruskan jualan dengan pelbagai pilihan makanna kering. Fokus hanya makanan kering sahaja.

10. Kelas masakan

Bagi yang sudah mempunyai kepakaran memasak, boleh pula berkongsi pengalaman dengan menyediakan bengkel masakan untuk surirumah yang baru berjinak untuk mempelajarinya.
Kelas ini sesuai untuk pelajar dalam bidang masakan, surirumah yang mahu menambah kemahiran memasak dan juga surirumah yang mahu menjana pendapatan bersumberkan bidang masakan.
Pelbagaikan pakej kelas. Sebelum itu perlu ada pengalaman dan boleh menyediakan keperluan pelajar semasa sesi kelas atau bengkel.
Kelas-kelas kemahiran sebegini begitu popular dan ia sentiasa ada permintaan.


10 idea bisnes makanan


10 idea bisnes dari rumah berasaskan makan

Teks: Masayu Ahmad

Baik, hari ini saya kongsikan 10 idea bisnes dari rumah yang sesuai untuk suri rumah. Satu bidang kita kembangkan jadi 10.

Contoh makanan.

1. Menjual sarapan pagi

2. Sarapan tengahari

3. Mmebekal makanan bajet pelajar

4. Katering kecil-kecilan

5. Kek dan muffin

6. Coklat

7. Makanan tradisi

8. Kelas masakan

9. Makanan sejuk beku

10. Penyediaan set barbeku

Cabaran bisnes online

Sumber: www.janawangdirumah.com

1. Ceritakan bagaimana puan mula terlibat dalam bisnes ini?
Mula-mula, saya bisnes kecil-kecilan saja. Sebab dari zaman sekolah, ada saja barang 
yang hendak dijual. Antaranya bedak, minyak wangi dan kerongsang. 
Ketika di Universiti, saya mula menjual tudung bawal. Kawan-kawan di Universiti gemar 
membuat pesanan membeli tudung bawal, disebabkan tudung bawal di Kelantan 
harganya lebih murah berbanding Kuala Lumpur. 

Dan pada masa niat hanya mahu membantu mereka mencari tudung mengikut warna 
yang mereka mahu. Boleh dikatakan setiap kali saya balik kampung, saya mesti cari 
tudung bawal dahulu sebelum ke Universiti, sehinggalah ibu saya, Lotfiah Haron 
mencadangkan saya menjualnya kepada rakan-rakan. 
Bukan apa, setiap kali balik, saya akan borong tudung dengan kuantiti yang banyak, 
lebih kurang 20 hingga 30 helai. 
Saya berpeluang membeli harga borong daripada penjual di Kelantan. Walaupun untung 
tidak seberapa, dapatlah juga saya jadikan untung kecil itu sebagai duit poket semasa 
belajar di Universiti. Sejak daripada itulah, saya mula bersungguh-sungguh untuk 
berniaga. 
Rasa seronok pula, pinjaman belajar saya jadikan modal untuk berniaga di Universiti. 
Alhamdulillah, jualan tudung saya memang laris. 
Saya tidak pernah menjual barangan di kedai atau mempunyai pekerja. Tiada sewa kedai 
atau melibatkan kos yang tinggi kecuali kos pergi balik ke Kota Bharu sebulan sekali 
sama ada dengan kenderaan sendiri atau kapal terbang.
Pada awal tahun 2006, rakan saya tahu yang saya sering berulang alik dengan 
memborong tudung untuk dijual di Kuala Lumpur. Sehinggalah dia mencadangkan saya 
berbisnes melalui laman web sendiri. Pada mulanya, saya ragu-ragu dengan 
tawarannya. Bukan sebab takut, tapi langsung tak faham apa bendalah bisnes internet 
atau online ini. 
Setelah meneliti perjalanan bisnes internet melalui beberapa laman web yang sedia ada, 
saya terus menjadi bersemangat dan terus bersetuju untuk mengupah rakan untuk 
mencipta satu laman web untuk saya. Tercungap-cungap jugalah nak belajar dunia 
internet , sudahlah lemah dalam teknologi maklumat, belajar pula hanya melalui Yahoo 
Mesej, sebab webmaster berada di Kelantan, saya pula berada di KL.

2. Dimana puan mendapatkan sumber barangan secara borong?
Ketika mula-mula menjual tudung di Universiti, saya cuma mendapat barang secara 
borong di pasar MPKB dan Pasar Siti Khadijah. Bila saya mula bekerja, dan pada ketika 
itu tahun 2001, saya mendapatkan barangan itu di pusat pengeluaran tudung bawal di 
Takbai Thailand. Ianya terletak di selatan Thailand dekat Pengkalan Kubor. 
Ini semua cadangan ibu saya, setelah rakannya menceritakan tudung bawal satu lebih 
murah jika kita sendiri mengambilnya di Takbai. Bayangkan, pada ketika itu, saya dan 
ibu tidak biasa ke sana dengan menaiki bot kecil untuk ke seberang. Kami redah juga 
untuk mencari sumber barangan seperti yang diperkatakan. Pernah terdetik di hati, 
entah betul entah tidak tindakan kami. Bayangkan, kalau bot kami karam. Sudahlah 
masuk cara haram, kami tak ubah seperti pelarian. Sehinggalah satu ketika saya terfikir untuk membuat pasport dan masuk ke negara itu mengikut cara yang sebetulnya.

3. Apa cabaran dalam mengusahakan bisnes online?
Baca lagi di sini ya www.janawangdirumah.com

Thursday, October 24, 2013

Kuasai Khidmat Pelanggan

www.janawangdirumah.com (rancang bekerja dari rumah sekarang)


Teks: Masayu Ahmad
Sumber:http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

1. Kenali produk
Usahawan perlu tahu apa produk dan jenis perkhidmatan yang mahu diberikan. Tahu dan kuasai produk dari A hingga Z dan bersedia dengan semua jawapan yang ditanya bakal pelanggan. Tahu penggunaan produk, manfaat, dan juga kekurangan produk. Terangkan dengan jelas.


2. Kenali pelanggan
Mengenali pelanggan adalah mengetahui 'niche produk' dan sasaran pelanggan. Sekiranya produk yang berkiatan dengan butik pakaian siapakan golongan sasaran pembeli. Jika produk berkaitan haji dan umrah siapakah pelangggan. Jika produk berkaitan peralatan dan kelengkapan ibadah siapa pula sasaran. Mengenali produk dan mengenali siapa sasaran pelangggan, sangat memudahkan usaha promosi dan juga keterangan tentang produk atau servis yang diperkenalkan.

3. Komited perkhidmatan berkualiti
Usahawan online perlu komited dalam menawan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti. Suasana positif semasa urus niaga online memberi pengaruh emosi positif kepada pelanggan. Ucapkan bahasa yang sopan, respon yang cepat, proses urus niaga yang mudah. Pelanggan lebih suka bagi produk yang cepat dalam tempoh masa yang dijanjikan. Lagi cepat produk sampai lagi tinggi kepuasan kepada pembeli.

4. Hormati pelanggan
 Hormati pelanggan sebagaimana kita suka pelanggan menghormati hak kita sebagai usahawan. Cara menghormati pelanggan denan memberi harga yang betul, jujur dalam urus niaga, apabila ditanya segera memberi respon positif. Apabila pelanggan bercerita masalahnya, cuba dengar dan sesuaikan atau sarankan produk atau perkhidmatan yang diberikan.

Bagi usahawan online antara masalah biasa yang berlaku ialah, tempoh penghantaran barang. Apabila ada situasi berlaku barang tidak sampai, rosak dan sebagainya, jadi nyatakan dengan jelas terma dan syarat. Jika tidak rugi maka gantikan semula barang tersebut, atau kembalikan jika pelanggan mahu.

5. Tidak emosi
Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripad urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.

Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.

Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.

Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.

Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidka sabar dan pelanggan yang banyak cakap.

Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.


6. Tidak biarkan pelanggan menunggu lama
Selalunya dalam urus niaga online, sifat pelanggan mahukan segalanya cepat. Lagi cepat jawab lagi tinggi kadar kepuasa. Segera respon apabila anda sudah online. Segera bermohon maaf sekiranya lambat menjawab soalan atau email pertanyaan.
7. Beri seperti yang dijanjikan
Selalunya pelanggan beli kerana tergoda dengan promosi produk dan barangan yang dipamerkan. Pastikan ia sama sebagaimana sebelum beli dan selepas pembayaran dibuat.
8. Sentiasa berkata benar
Sentiasa jujur dan berkata benar. Contohnya barang puan Salmah sudah pun dihantar akan tetapi ada masalah dengan syarikat penghantaran. Usahawan perlu menerangkan dengan benar situasi yang berlaku.

"Sebenarnya puan, barang sudah dihantar pada tarikh sekian-sekian. Ada masa ia akan sampai pada keesokannya, ada masa dua hari tiga hari. Ada juga kes barang lambat dan ada barang yang hilang. Jadi, kita sama-sama doa barang puan sampai tepat masanya. Harap puan bersabar, jika barang sudah sampai maklumkan pada saya. Jika tidak sampai atau rosak, maklumkan juga saya akan gantikan semula dengan yang baru."

9. Bina hubungan yang baik
Bina hubungan baik dengan pelanggan melalui kata-kata ucapan. Kini dengan kemudahan fb, tidak salah sekali sekala memberi respon status fbnya. Ucapan selamat hari lahir, tahniah, takziah dan sebagainya berdasarkan situasi pelanggan. Ia membuatkan pelanggan rasa dekat dan mudah mesra dengan kita (pemilik bisnes)
10. Mudahkan pembelian
Mudahkan pembelian, ramai kini pelanggan yang mahu cara termudah dan terpantas. Sediakan platform yang mudah untuk pelanggan membuat pembayaran dan tahu status barang yang perkhidmatan yang dibeli.
Lagi mudah kaedah beli, lagi tinggi kepuasan. Pun begitu, pastikan juga ia memudahkan usahawan dalam rekod dan bukti urus niaga agar tidak melanggar terma dan syarat.

Kuasai khidmat pelanggan



Teks: Masayu Ahmad

1. Kenali produk
Usahawan perlu tahu apa produk dan jenis perkhidmatan yang mahu diberikan. Tahu dan kuasai produk dari A hingga Z dan bersedia dengan semua jawapan yang ditanya bakal pelanggan. Tahu penggunaan produk, manfaat, dan juga kekurangan produk. Terangkan dengan jelas.


2. Kenali pelanggan
Mengenali pelanggan adalah mengetahui 'niche produk' dan sasaran pelanggan. Sekiranya produk yang berkiatan dengan butik pakaian siapakan golongan sasaran pembeli. Jika produk berkaitan haji dan umrah siapakah pelangggan. Jika produk berkaitan peralatan dan kelengkapan ibadah siapa pula sasaran. Mengenali produk dan mengenali siapa sasaran pelangggan, sangat memudahkan usaha promosi dan juga keterangan tentang produk atau servis yang diperkenalkan.

3. Komited perkhidmatan berkualiti
Usahawan online perlu komited dalam menawan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti. Suasana positif semasa urus niaga online memberi pengaruh emosi positif kepada pelanggan. Ucapkan bahasa yang sopan, respon yang cepat, proses urus niaga yang mudah. Pelanggan lebih suka bagi produk yang cepat dalam tempoh masa yang dijanjikan. Lagi cepat produk sampai lagi tinggi kepuasan kepada pembeli.

4. Hormati pelanggan

5. Tidak emosi

6. Tidak biarkan pelanggan menunggu lama

7. Beri seperti yang dijanjikan

8. Sentiasa berkata benar

9. Bina hubungan yan baik

10. Mudahkan pembelian

Tuesday, October 22, 2013

Strategi Pemasaran Rasulullah

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.



Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia  kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif

-Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga
-Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang  dilakukan dipermudahkan.
-Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
-Berfikiran positif (husnuzham)
-Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan.  Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga  mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.

Sunday, October 20, 2013

Mula bisnes butik


siap juga ulasan untuk Ebook yang ke-2 dari penulis yang sama Puan Masayu Ahmad iaitu EBOOK PANDUAN BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE. Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online  boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak  dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.

Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, Ebook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. Ebook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri  dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.

Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam  dalam Ebook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki Ebook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.

Tips urus masa, super wahm super mom


Alhamdulillah usai sudah membaca  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita hebat Masayu Ahmad. Orangnya kecil molek tapi pemikiran dan idea penulisannya begitu besar dan bermanfaat.Seharian membaca ebook ini memberi 1001 jalan penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang. Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali.Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan  sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang kepada  sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan 1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh  jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 360apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri  begitu tebal tapi setelah membaca  EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.Setiap halaman memberikan  info-info  dan tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana  bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat

Tuesday, October 8, 2013

Makanan sunnah untuk ibu hamil, semasa pantang dan selepas pantang


Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang
Klik di sini untuk dapakan naskah ini http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/

Tidak dapat tidak, kita mempunyai banyak panduan yang jelas tentang rawatan islam dan ia juga ada panduan bagi ibu yang dalam persediaan kehamilan, sedang hamil, berpantang dan selepas berpantang. Tentunya sejak Nabi Adam a.s sudah ada rawatan atau makan dan ubatan yang membantu ibu cergas dan sihat sebelum hamil, semasa hamil, semasa berpantang dan selepas berpantang. Bukan sekadar sunnah Nabi malahan ia adalah makanan terbaik untuk kesihatan.

Kisah Maryam boleh dijadikan salah satu panduan.
Dikisahkan sewaktu Mariam mahu melahirkan Nabi Isa a.s, di bawah pokok kurma, Malaikat Jibrail datang dan menyuruh  Mariam menggegar pokok kurma dan makan kurma tersebut. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s

Banyak pilihan makanan yang lebih sihat yang membantu merawat dan mengembalikan kesihatan tubuh selepas bersalin. Berikut adalah 10 pilihan makanan atau masakan sihat semasa berpantang.


1. Makan kurma sebelum hamil, semasa hamil dan semasa berpantang. Maksudnya boleh makan kurma sepanjang masa, terutama ketika pantang kurma membantu untuk merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia juga sumber serat baik untuk memudahkan penghadaman.

2. Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

3. Susu kambing, susu sumber ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleg diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.
 

Monday, October 7, 2013

Amalan makanan sunnah untuk ibu hamil dan pantang


Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang
Klik di sini untuk dapakan naskah ini http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/

Sangat banyak sumber pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Beriku makanan sihat sunnah yang boleh diamalkan berterusan semasa tiga fasa di atas.

1. Air zam-zam

2. Delima

3. Kurma

4. Susu kambing

5. Kismis

6. Buah Tin

Manakala berikut makanan yang sesuai semasa pantang

1. Kopi habbatusauda

2. Susu kambing

3. Air zam-zam

4. Kurma

5. Kismis

6. Buah Tin

7. Delima

Sunday, October 6, 2013

Berpantang secara tradisional dan moden


Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
Sumber: Ebook 30 tips sihat hami & pantang
Klik di sini untuk dapakan naskah ini http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/


Tinta pengarang
Assalamulaikum w.b.t. Alhamdulillah akhirnya Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang sampai juga ke titik akhir. Ebook ini tumpuannya adalah bagi para ibu dan bakal ibu mendapatkan panduan sihat dan cergas semasa hamil dan pantang. Dimuatkan informasi padat agar pembaca mendapat gambaran yang tepat isu-isu pemakanan dan kesihatan ketika tempoh bersalin, berpantang dan selepas pantang.

Antara isu kritikal adalah bagaimana penjagaan dalam tempoh rawat dan rehat ini membantu ibu mengembalikan semula kesihatan, juga penjagaan terbaik sepanjang tempoh tiga fasa ini. Oleh itu tiga fasa penting, semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang adalah tempoh rawat dan rehat untuk wanita mengembalikan kesihatan dan kecergasan. Tip-tip yang dimuatkan adalah ringkasan dan mudah difahami untuk dipraktik.

Panduan kesihatan selepas pantang juga antara info yang dimuatkan iaitu pemakanan dan strategi diet sihat selepas melepasi fasa hamil dan pantang. Diharapkan ibu dan bakal ibu mendapat kesihatan terbaik untuk tempoh ‘rawat dan rehat’.
Ebook ini juga adalah kesinambungan daripada beberapa lagi manuskrip yang bakal menyusul.