Saturday, November 23, 2013

Persediaan Berpantang



Teks: Masayu Ahmad
Bab 3: Persediaan Berpantang 
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang

Contoh petikan bab
3.1 Tujuh persediaan asas
Persediaan berpantang
Tujuh perkara utama yang dikenal pasti perlu diambil perhatian wanita sebelum berada pada akhir kelahiran dan juga sebelum menempuh 44 hari berpantang. Persediaan fizikal, mental, peralatan bayi, hospital bersalin, kelengkapan berpantang, penjagaan berpantang dan informasi ibu hamil serta penjagaan bayi perlu disenaraikan dan mendapat maklumat secukupnya.

  • Fizikal
Ibu hamil akan mengalami proses akhir ketika kandungan menghampiri tarikh kelahiran. Sangat perlu untuk memastikan pengambilan pemakanan seimbang, berat badan tidak berlebihan dan juga tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, anda harus banyak bergerak, berjalan, turun naik tangga pada fasa ke tiga kehamilan (usia kandungan 7, 8 dan 9 bulan).
Jangan beri alasan malas sekiranya mahukan proses bersalin yang lebih mudah. Selebihnya mudah atau tidak bergantung kepada rezeki. Namun ibu hamil masih boleh bersedia dengan menikmati hari-hari teakhir kelahiran dengan melakukan regangan, berjalan perlahan-lahan dan sebagainya.
  • Mental
Persediaan mental dengan membaca surah-surah pilihan seperti surah Mariam, Luqman, Yusof, agar diri sentiasa tenang dan menikmati hari-hari kandungan yang semakin membesar.  Biarkan fikiran sentiasa relaks dan ketika kontraksi pertama berlaku, sematkan dalam diri bahawa masanya sudah tiba, perlu ditempuhi dengan tenang. Jangan terbawa-bawa kisah dan pengalaman yang kurang menyenangkan perasan. Setiap wanita hamil mengalami keadaan yang berbeza.

  • Peralatan bayi
Buat senarai peralatan bayi, untuk memudahkan anda tahu apa yang sudah ada dan apa yang belum. Simpan dan letak di satu sudut yang memudahkan anda untuk mengemas kini. Sediakan beg khas untuk barangan bayi yang akan dibawa bersama ketika berada di hospital untuk beberapa hari.
Pada bulan terakhir beg keperluan untuk ke hospital boleh diletakkan di bonet kereta, untuk memudahkan apabila sudah ada tanda-tanda awal akan bersalin. Juga kad pemeriksaan bulanan, serta keperluan lain yang berkaitan. Untuk menjimatkan bajet peralatan bayi boleh dirancang pembelian melalui musim jualan muran atau jualan harga murah iaitu pembelian terus di gudang peralatan bayi dan kanak-kanak. Ia lebih menjimatakan.

  • Kelengkapan berpantang
Kelengkapan berpantang, termasuklah barut, bengkung, tungku, ubatan atau jamu untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran. Menyediakan bilik berpantang juga adalah memudahkan anda berehat di bilik khusus tanpa gangguan. Buat  senarai terlebih dahulu sebelum membeli keperluan berpantang. Kadangkala untuk kelahiran ke dua, ke tiga dan seterusnya masih boleh menggunakan kelengkapan pantang semasa melahirkan anak pertama seperti batu sungai (untuk bertungku),  set sauna (memanaskan badan) dan bengkung. Manakal set bersalin perlu dibeli yang baru mengikut citarasa ibu hamil.

  • Penjagaan semasa berpantang
Sama ada kelahiran sulung, anak ke dua atau ke tiga, ibu hamil perlu membuat persediaan siapa yang akan menjaga ketika berpantang kelak. Sekiranya berada di rumah mertua, boleh selidik lebih awal gaya penjagaan ibu mertua melalui adik beradik, ipar duai atau berbincang sendiri dengan ibu mertua. Begitu juga sekiranya dijaga suami atau adik beradik, anda boleh berbincang terlebih dahulu apa yang anda mahukan dan juga berdasarkan pengalaman mereka.
Langkah lain sekiranya sudah mempunyai beberapa orang anak, boleh sahaja menghantar anak-anak yang lain transit di pusat jagaan semasa tempoh bersalin. Juga boleh membayar upah pembantu sementara hanya selama dua bulan, iaitu selama tempoh berpantang.

 Hospital bersalin
Sangat penting menyenaraikan maklumat awal berkenaan lokasi atau tempat bersalin. Senaraikan beberapa lokasi pilihan untuk memudahkan anda ketika berada situasi kecemasan ketika kontraksi atau tanda-tanda bersalin sudah ada.
Senarai hospital  bersalin kini boleh dan mudah didapati melalui carian internet, juga melalui majalah keibubapaan atau majalah berkaitan bayi dan kanak-kanak yang banyak di pasaran.

Informasi wanita hamil dan penjagaan bayi
Maklumat dan info berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi boleh didapati melalui buku-buku, artikel di majalah, laman web kehamilan, perkongsian pengalaman dan juga pertanyaan kepada pakar perbidanan. Gunakan masa yang ada untuk meningkatkan informasi anda berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi, agar memudahkan diri membuat persediaan dengan lebih sempurna dan teratur.

3.2 Bantuan Penjagaan
Bagi pasangan yang baru kali pertama akan menimang cahaya mata, selalunya amat teruja untuk menanti hari bahagia tersebut. Jika masih mempunyai ibu atau mertua, kelahiran anak sulung biasanya,akan dibantu mereka semasa tempoh berpantang. Bukan sahaja mudah untuk memberi panduan berpantang, malah kaedah tradisional turut ditekankan bagi mertua atau ibu yang masih mengekalkan rawatan tradisional untuk berpantang.
Bagaimana pula untuk kelahiran kedua, ketiga dan seterusnya. Masih ada cara untuk anda menjalani tempoh pantang yang masih releven dengan menjalani tempoh pantang di rumah sendiri. Berikut beberapa alternatif yang boleh digunakan.

Menggunakan khidmat bidan
Masih ada bidan-bidan yang menyediakan rawatan kepada ibu bersalin. Maksudnya datang terus ke rumah menyediakan kelengkapan mandian rebusan, menyediakan makanan ibu bersalin, bertungku, berurut. Ada yang menyediakan sehingga 44 hari rawatan.

Hanya tempoh kritikal di bawah penjagaan ibu atau mertua
Tempoh penjagaan sehingga tempoh kritikal ibu yang mengalami jahitan yang banyak dan juga luka yang lambat sembuh dan pergerakan yang terbatas. Bagi mereka yang mengalami proses bersalin yang lebih mudah, hanya mendapat pemantauan dari ibu atau mertua selama 10 hari atau 2 minggu sahaja. Hari seterusnya boleh dibantu oleh suami sendiri atau pembantu rumah.
Suami bercuti untuk menjaga isteri berpantang
Jika tiada pilihan lain, suami boleh mengambil cuti tahunan selama dua minggu atau mengikut kebenaran majikan. Tidak salah berkongsi hari-hari penuh makna bersama isteri. Adalah lebih mudah suami menyediakan kelengkapan isteri, ini juga membuatkan ikatan rumahtangga lebih harmoni dan erat.
Contohnya anda merancang kehamilan awal tahun dan jangkaan bersalin hujung tahun. Ini memudahkan  suami mengambil cuti pada hujung tahun sebagai cuti khusus untuk menjaga isteri semasa berpantang. Dua minggu pertama berpantang isteri memerlukan perhatian dan rawatan yang teliti.


miliki naskah ini: Ebook Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang
Bayar di sini RM30 sahaja
pn.masayu@gmail.com

Friday, November 22, 2013

Rawatan berpantang

Bab 1:Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental.  Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek  pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.
·         Pemulihan kesihatan dalaman
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak  perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.
Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.
Koyakan semasa bersalin
Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan
Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.
·         Pemulihan luaran

Apa lagi yang akan dikupas dalam bab ini

1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
·         Pemulihan kesihatan dalaman
·          Pemulihan luaran
·          Persediaan penjagaan bayi
·         Menurunkan berat badan
 1.2. Fasa berpantang
·          Fasa sebelum bersalin
·         Fasa 44 hari
·         Fasa 44 hari hingga 100 hari
·          Fasa 100 hari dan seterusnya
·         Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
·         Tip untuk ibu/wanita hamil
·         Tip untuk bapa
·         Panduan  selesai proses bersalin

Baca lagi dalam ebook panduang lengkap 44 hari berpantang. Pre order RM30

Monday, November 4, 2013

Mula bisnes tanpa modal


Teks: Masayu Ahmad

Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.
Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.
Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.
Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.
Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.
.Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.
Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.

Kumpul modal dari komisyen
Ok, konsep dropship ini sangat mudah untuk diuruskan. Usahawan hanya perlu ada komputer dan internet. Juga mempunyai senarai pembekal yang aktif menawarkan produk. Hanya google kata carian dropship. Pilih produk yang mempunyai agihan komisyen yang tinggi, contoh RM50, buat sasaran jualan harian, RM100 sehari untuk dapatkan pendapatan bersih RM3k sebulan.
RM3k sebulan ini boleh disimpan sebagai modal. Simpan dan lupakan. Ini juga satu latihan yang sangat bagus, iaitu latihan menjual, mempromosi dan meningkatkan ilmu pemasaran. Kekalkan momentum jualan setiap bulan, buat rekod dan pelabagaikan strategi.
Kekalkan fokus mendapat jualan harian minima RM100 sehari, dan tingkatkan lagi jumlahnya dari masa ke semasa. Cabar diri.