Tuesday, May 6, 2014

Bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah?


Bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah?


Puan Alia Zahrah (bukan nama sebenar)
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti
 kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?

Dalam kes di atas saya melihatkan keputusan yang diambil adalah berdasarkan situasi semasa. Ini juga sama dengan keputusan yang telah saya ambil dahulu. Situasinya berbeza, anak yang selalu tidak sihat.
Cumanya selepas itu barulah saya mengali info-info bekerja dari rumah. Dua tahun sebelum berhenti, saya sudah mula membuat persediaan awal, iaitu masih lagi dan akan meneruskan aktiviti menulis.

Situasi Puan Alia Zahrah

1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Puan perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.

2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Alia masih ada suami untuk sumber yang pertama.

3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Alia bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.
Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Dalam kes tertentu, persediaan 3 tahun awal untuk 3 tahun pertama berhenti kerja sangat penting. berikut senarai sebab, kalian sudah bersedia.

10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah


1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.

2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.

3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.

4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.

5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.

6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.

7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.

8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.

9. Tidak ada istilah putus asa.

10. Seronok, apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah.

Suri rumah sepenuh masa

Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com jika sudah tekad mahu bekerja dari rumah.

Sertai mana-mana kelas online berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas borong telekung solat
6. Kelas akaun online dan offline
7. Pendaftaran Pengurus Online.
8. Tempahan blog bisnes.
9. Beriklan dengan kami.
10. Keterangan lanjut tentang kelas online/offline boleh baca di sini dan juga pakej yuran. Klik di sini yahttp://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sunday, March 16, 2014

Ulasan super wahm super mom shikin said


Assalammualaikum bakal WAHM dan ibu2 WAHM
Alhamdulillah usai sudah membaca  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita hebat Masayu Ahmad. Seharian membaca ebook ini memberi 1001 jalan penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang. Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali.Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan  sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang kepada  sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan 1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh  jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 360apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri  begitu tebal tapi setelah membaca  EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.Setiap halaman memberikan  info-info  dan tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana  bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Sekian Wallahua’lam