Alhamdulillah, selesai membaca eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online ini dan mendapat input yang berguna. Ketika memulakan bisnes online, niat hanya sekadar mahu test market sahaja. Jadi, tiada perancangan yang khusus untuk menyimpan maklumat pelanggan yang membeli, maklumat aliran tunai atau stok barang, apatah lagi tabungan khas setiap keuntungan.
Di dalam eBook
ini, penjelasan yang diberikan mudah untuk difahami. Antaranya mengenai panduan
asas untuk memulakan bisnes tanpa modal, menggunakan kemahiran yang ada sebagai
perkhidmatan kepada pelanggan dan bagaimana cara untuk tidak memulakan
bisnes dengan berhutang.
Langkah
demi langkah (melalui kaedah 5W 1H) sebelum memasuki pasaran juga
di terangkan. Ini untuk memastikan bahawa kita tahu produk, kaedah pemasaran
dan prospek yang betul agar tiada lambakan stok. Amat merugikan jika kita mempunyai
produk tetapi tiada pelanggan yang mahu membeli.
Memahami bahawa modal
bukan faktor utama, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat modal
tanpa berhutang. Tidak perlu pening kepala untuk membayar hutang, sedangkan
kita mampu membuat tabungan khas melalui komisyen droship, bonus (jika masih
bekerja) atau bekerja sambilan. Melalui eBook ini juga, saya memahami kelemahan
biasa usahawan baru di dalam bisnes yang pertama.
Ringkasnya, di
dalam eBook ini, panduan yang diberikan sesuai bagi mereka yang mempunyai
bisnes atau baru mula berbisnes. Tidak kira sama ada secara konvensional
(offline) atau online, mengetahui kaedah yang betul untuk pemasaran dapat
mengelakkan kesilapan yang berulang. Insya Allah, apabila kita berusaha, berdoa
dan bertawakkal, tiada yang mustahil.
http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-10-langkah-mudah-bina.html
No comments:
Post a Comment