Saturday, October 31, 2015

101 Idea Home-Based Bisnes

http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Ketika membaca eBook 101 Idea Home Based Bisnes, saya sedar bahawa ia bukan sekadar senarai biasa. Senarai yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Bisnes Makanan, Bisnes Kreatif dan Bisnes Pendidikan memaparkan informasi yang berguna. Setiap bisnes mempunyai kaedahnya yang tersendiri kerana bukan sekadar bergantung kepada modal semata-mata, tetapi juga kemahiran dalam menguruskan bisnes.

            Melalui eBook ini juga, saya mengetahui terdapat banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika mula berbisnes. Bukan sahaja simpanan saya telah habis digunakan selepas saya berhenti kerja, malah terpaksa pula menggunakan duit dividen tahunan sebagai modal berniaga. Namun, saya cuba untuk terus positif untuk menguasai ilmu kewangan dan pemasaran bisnes.

         Salah satu idea home based bisnes yang saya dapati, tanpa perlu mengeluarkan modal membina kedai ialah kemahiran dalam bidang komputer. Modal yang saya perlukan hanyalah langganan Internet dan komputer peribadi. Dengan membuat akaun Facebook peribadi dan fan page, saya sudah boleh membuat promosi perkhidmatan yang di sediakan.

        Di sini saya mengetahui bahawa kemahiran saya lebih kepada asas pengaturcaraan berbanding memberikan servis teknikal. Ia melibatkan aspek pemahaman serta hands-onyang mudah untuk di pelajari dan di ajar.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran teknikal, perkhidmatan seperti format laptop, mencuci kipas (fan) yang berhabuk atau pemeriksaan terhadap masalah laptop adalah antara permintaan tinggi daripada pelanggan. Jika anda berada di kawasan tumpuan pelajar seperti di Universiti atau di rumah sewa, ia menjadi suatu kelebihan. Apabila pelanggan sekitar anda berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, ia boleh di jadikan testimoni bagi meningkatkan keyakinan pelanggan baru.

Antara topik yang menarik minat saya di dalam eBook ini ialah Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaanWalaupun sering mendengar kisah-kisah tentang kewibawaan Baginda s.a.w, namun ia dapat di tonjolkan ke dalam teknik perniagaan moden. Dan memahami hukum hakam dalam urusan jual beli bermula dengan diri sendiri bagi mengelakkan kita memakan harta yang haram.

         Alhamdulilah saya dapat mencari idea dalam mengembangkan kemahiran yang saya ada. Biarpun terpaksa bermula semula dari bawah, tidak bermakna impian saya untuk berjaya di dalam bisnes sendiri terkubur. :)


Tuesday, October 27, 2015

Jadual kerja di rumah

http://aishahzainun.blogspot.my/2015/10/belajar-dari-wahm.html

Selamat sejahtera. Saya doakan semoga pembaca semua sihat dan ceria selalu. Dalam entri yang lepas saya ada menyatakan yang saya tidak tahu apa yang nak difokuskan dalam blog ini. Tapi lepas habis baca ebook Super WAHM Super Mom(Work At Home Mom) dan ebook Home based business, saya dapat idea dan ingin cuba buat seperti apa yang tertulis dalam ebook Super WAHM Super Mom.

Dalam ebook Super WAHM Super Mom ada menceritakan tentang apa itu WAHM, SAHM dan SOHO.

WAHM - Work At Home Mom
SAHM - Stay At Home Mom
SOHO - Small Office Home Office
 
Ramai WAHM yang berkongsi pengalaman mula-mula jadi WAHM.
 
1.      Cabaran berniaga dari rumah- anak-anak, kerja rumah, diri sendiri
2.      Bagaimana mendisiplinkan diri dan anak-anak
3.      Cara membahagi masa
4.      Cara buat jadual kerja rumah
5.      Membuat jadual kerja sendiri
6.      Motivasi diri untuk mengekalkan momentum
7.      Mendapatkan bantuan dan kerjasama dari suami

 
Diantara perkara yang saya senaraikan di atas, terdapat dua perkara penting yang saya perlu buat untuk mengubah diri saya. Iaitu jadual kerja rumah dan jadual kerja sendiri. Dua perkara ini akan membuatkan saya secara tidak langsung berdisiplin dan boleh membahagikan masa.

Walaupun saya memang suri rumah sepenuh masa tapi bila masuk bab pengurusan masa, masih banyak yang perlu saya perbaiki.

Jadi buat masa ini saya telah cuba susun jadual untuk kerja rumah, anak, dan menulis blog. Masih cuba untuk menyesuaikan masa yang sesuai untuk sesuatu kerja. Mungkin jadual saya akan berubah-ubah setiap hari mengikut keadaan hari. Setiap malam saya akan buat jadual untuk hari esoknya.
 
Untuk memotivasikan diri saya cuba baca blog ABDR yang lain. Semua blog seperti ada aura yang tersendiri. Tapi yang paling kuat adalah aura positif. Dari sini saya faham, aura positif ini yang menarik pembaca untuk setia dengan sesebuah blog. Saya sedang cuba masukkan aura positif ini seperti tukarkan emosi negatif dalam bentuk ayat positif.

 
Doakan yang terbaik untuk saya.

Monday, October 19, 2015

Mula Bisnes Tanpa Modal


Alhamdulillah, selesai membaca eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online ini dan mendapat input yang berguna. Ketika memulakan bisnes online, niat hanya sekadar mahu test market sahaja. Jadi, tiada perancangan yang khusus untuk menyimpan maklumat pelanggan yang membeli, maklumat aliran tunai atau stok barang, apatah lagi tabungan khas setiap keuntungan.

      Di dalam eBook ini, penjelasan yang diberikan mudah untuk difahami. Antaranya mengenai panduan asas untuk memulakan bisnes tanpa modal, menggunakan kemahiran yang ada sebagai perkhidmatan kepada pelanggan dan bagaimana cara untuk tidak memulakan bisnes dengan berhutang.

       Langkah demi langkah (melalui kaedah 5W 1H) sebelum memasuki pasaran juga di terangkan. Ini untuk memastikan bahawa kita tahu produk, kaedah pemasaran dan prospek yang betul agar tiada lambakan stok. Amat merugikan jika kita mempunyai produk tetapi tiada pelanggan yang mahu membeli.

    Memahami bahawa modal bukan faktor utama, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat modal tanpa berhutang. Tidak perlu pening kepala untuk membayar hutang, sedangkan kita mampu membuat tabungan khas melalui komisyen droship, bonus (jika masih bekerja) atau bekerja sambilan. Melalui eBook ini juga, saya memahami kelemahan biasa usahawan baru di dalam bisnes yang pertama.

     Ringkasnya, di dalam eBook ini, panduan yang diberikan sesuai bagi mereka yang mempunyai bisnes atau baru mula berbisnes. Tidak kira sama ada secara konvensional (offline) atau online, mengetahui kaedah yang betul untuk pemasaran dapat mengelakkan kesilapan yang berulang. Insya Allah, apabila kita berusaha, berdoa dan bertawakkal, tiada yang mustahil.

 http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-10-langkah-mudah-bina.html

Monday, October 5, 2015

Zero Hutang


Teks dan foto: Masayu Ahmad

Dapatkan ebook di atas di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Salah satu kelemahan paling ketara suri yang mahu bermula sebagai suri bekerja di rumah tidak ada perancangan dalam pengurusan kewangan.
+ Apabila mahu merancang untuk berhenti kerja, salah satu pelan adalah membuat matlamat kewangan.
+Matlamat kewangan perlu jelas dan spesifik. Atau dengan nama lain ia perlu diukur. Berhenti kerja adalah matlamat secara umum. Tetapi apa matlamat kewangan yang ingin dicapai.
+Sangat penting untuk berbincang dengan suami (pasangan) agar matlamat kewangan ini mampu membantu hala tuju kewangan keluarga.
Senaraikan perkara berikut.
1. Sumber pendapatan.
2. Senarai hutang.
3. Senarai simpanan.
+Tiga perkara di atas sangat asas untuk dikenalpasti. Berapa sumber pendapatan dari kerja sedia ada. Apabila berhenti kerja kelak, apakah sumber pendapatan baru yang akan diusahakan.
+Sumber pendapatan baru itu mungkin sudah pun dimulakan tiga tahun lebih awal sebelum berhenti kerja. Buat matlamat pendapatan dari sumber pendapatan tersebut.
+Contoh, pendapatan sedia ada adalah 3K sebulan, jadi apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat RM3K pendapatan sampingan sebagai menggantikan gaji sedia ada.


Bayar di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Rancang kewangan sebelum resign

Teks: Masayu Ahmad

Untuk tempahan bayaran boleh dibuat di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Contoh matlamat kewangan sebelum 'resign'.
1. Sediakan buku MATLAMAT KEWANGAN SEBELUM RESIGN.
2. Matlamat zero hutang dengan kadar segera. Letak tarikh secara spesifik.
3. Membina pendapatan aktif dan pasif. Berapakah sasaran pendapatan bulanan untuk pendapatan aktif dan berapakah pendapatan dari sumber pasif.
4. Membina rumah tanpa perlu berhutang. Tabung perumahan atau menghadiri mana-mana program yang dipantau oleh pasukan yang bertauliah dan berkelayakan.
5. Mempunyai rekod aliran tunai.
6. Mempunyai matlamat simpanan bulanan.
7. Matlamat pelaburan untuk hari tua.
8. Matlamat simpanan untuk persaraan.
9. Matlamat percutian bercuti melalui tabungan.

Dapatkan promosi Oktober 2015

Bayar di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop