Surirumah tradisional vs moden
Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
Apa yang difahamkan dengan suri
rumah tradisional. Wanita tradisional secara amnya mempunyai peranan asas dalam
pembentukan keluarga. Melakukan tugas asas seperti memasak, menyediakan
makanan, mengemas rumah, mengasuh anak-anak, menguruskan pakaian. Jika dahulu
mereka menggunakan kudrat sendiri tanpa bantuan peralatan moden. Membasuh
menggunakan tangan, mengasuh anak-anak sehingga mereka besar dan mula
bersekolah. Menyediakan sarapan pagi, tengahari, dan malam.
Belum ada lagi
istilah pembantu rumah, peralatan moden seperti mesin basuh, peti sejuk yang
memudahkan kerja-kerja rumah. Mereka melakukannya sendiri, manakala suami tugas
khusus adalah mencari rezeki. Agihan tugas yang jelas isteri mengurus rumah
tangga, manakala suami adalah sumber utama ekonomi keluarga.
Berbeza dengan wanita moden hari
ini sejajar dengan perkembangan literasi yang cukup pesat. Wanita turut sama
bekerja untuk menampung ekonomi keluarga dan juga mereka kini mempunyai
kelayakan pendidikan yang semakin baik.
Sejajar dengan
itu, sudah ada pembantu rumah, pusat asuhan, pusat pendidikan awal kanak-kanak,
ia adalah saluran untuk membantu peranan ibu dalam menguruskan rumah tangga.
Peredaran masa dan trend moden banyak memberi perubahan kepada peranan ibu.
Seorang isteri. Masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik untuk
suami. Cacat cela dan kekurangan diri perlu lagi diperhalusi dan dibuang
mana-mana yang kurang sesuai. Mampu menjadi pendengar setia, pendamping yang
mesra, juga bijak dalam aturan urusan keluarga.
Apa seronoknya jadi wanita
Gali dan cari minat untuk
keseronokan diri. Sekiranya minat adalah memasak, walaupun tidak sehebat chef
tetapi sangat berpuas hati apabila anak-anak dan suami berselera menikmati. Ia
sudah tentu boleh menjadi satu terapi atau aset paling berharga yang ada pada
seorang isteri.
Menjadi pakar masak di dapur. Boleh
menyediakan apa sahaja jenis masakan untuk suami dan anak-anak. Apa gunanya
dapur moden, cantik dan bergaya jika ia hanya pameran semata. Apa guna koleksi
pinggan mangkuk yang mahal berjenama jika hanya simpanan sahaja.
Mulai
sekarang tanam azam untuk menyediakan masakan hebat kepada suami. Dari masakan
tradisional hinggalah barat, dari kuih muih hinggalah kek moden yang enak.
Sangat mudah wanita di zaman siber
menggunakan teknologi untuk meningkatkan kualiti sebagai isteri.
Mulianya seorang isteri, ibu dan bergelar wanita. Berpindah tangan
daripada keluarga dan kemudian beralih kepada seorang lelaki digelar suami.
Suami yang dikenali sangat asing dan kini hidup sebumbung dan tidur sekatil.Maruah
dan kehormatan diserahkan. Mungkin hanya
satu-satunya teman hidup, atau mungkin bertambah dan mempunyai teman,
dua, atau tiga madu. Ini juga dikira pengorbanan. Perngorbanan untuk berkongsi
kasih.
Isteri moden hari
ini, perlu keluar dari rumah mencari rezeki. Menambah dan membantu suami untuk
mengukuhkan ekonomi keluarga. Wanita moden hari ini perlu mendapatkan
pendidikan yang tertinggi.
Bakal isteri kini
sangat pasti akan ditanya belajar setinggi mana, bekerja apa dan berapa
pendapatan. Betapa ia sudah menjadi budaya. Namun bagi wanita yang bijak sudah menyusun strategi perlu menggali
sebanyak mana peluang, untuk dia kembali berada di rumah dan mampu mengurus
rumah tangga dengan lebih baik. Sangat bertuah bagi wanita yang diberi peluang
‘menjadi suri sepenuh masa’. Memang indah namun ia juga adalah cabaran untuk
mengurus rumah tangga dengan penuh berhemah.
Kesenangan dan kebahagiaan adalah
rahsia dalam hubungan keluarga. Seupaya mungkin seorang isteri perlu menyimpan
segala kesusahan. Ia adalah gabungan dan resipi untuk bersama suami. Susah dan
senang bersama. Menjaga aib suami adalah tanggungjawab, menjaga harta adalah
amanah yang perlu digalas sempurna.
Perngorbanan yang tiada tara
Isteri selalu mendahulu suami dan anak-anak
lebih dari dirinya. Menyediakan masakan yang sedap dan enak untuk santapan
keluarga. Citarasa suami dan anak-anak didahulukan. Berusaha yang terbaik untuk
menguruskan rumah tangga. Bangkit seawal pagi, usai solat menyegerakan urusan
menyediakan sarapan, persediaan sekolah anak-anak, dan juga kelengkapan suami.
Rutin bermula
sebelum subuh hinggalah lewat malam. Tidak mengenal erti penat, segalanya perlu
dikerjakan dengan ikhlas. Korbankan masa, tenaga untuk melihat segalanya
dilakukan dengan terurus.