Dapatkan rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Ulasan Munirah Yusoff.
http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ualasan-ebook-super-wahm-super-mom.html
Ketika masih di bangku
sekolah lagi, bekerja di rumah bukanlah satu pilihan bagi saya. Mungkin kerana
pemikiran saya bahawa berada di pejabat dan berada di luar rumah itu melibatkan
pekerjaan. Apatah lagi, kerana saya tidak berminat untuk duduk di rumah dalam
jangka masa yang lama.
Oleh kerana saya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah, ia
menyemarakkan lagi semangat saya untuk bekerja di pejabat. Bagi saya, saya
tidak mahu sia-siakan pelajaran saya tanpa bekerja di bidang yang berkaitan.
Dengan bekerja serta bekerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman, dapat
meningkatkan lagi ilmu kemahiran saya.
Hinggalah pada tahun 2014, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes secara online.
Dengan maklumat yang saya dapati melalui eBook Super Wahm Super Mom,
saya memahami bahawa terdapat beberapa konsep bekerja di rumah yang boleh di
jalankan. Antaranya:
·
Study at home mom (Sahm) – sama ada belajar sambil
bekerja (separuh masa atau sepenuh masa). Fokus utama adalah mengurus rumah
tangga sambil menambah ilmu.
·
Stay at home mom (sahm-surirumah sepenuh masa) – pilihan bagi suri rumah
yang tidak melakukan sebarang aktiviti untuk menambah pendapatan. Ia sama ada
pendapatan suami stabil atau mengambil peluang sepenuhnya mengurus rumah
tangga.
·
Work at home mom (wahm) – Ia adalah trend masa
kini, menguruskan rumah tangga dan bisnes secara serentak sama ada sepenuh masa
ata separuh masa.
·
Small office home office (soho) – mempunyai pejabat kecil
di rumah dengan keperluan asas seperti internet, komputer dan peralatan pejabat
yang sesuai bagi menjalankan bisnes.
Apabila
sudah mengetahui konsep bekerja di rumah yang serasi, bertindak berdasarkan analisa 4W 1H
berikut:
·
Apa (what) – Membuat pilihan sama ada bekerja secara sambilan atausepenuh
masa.
·
Bila (when) – Pilih masa yang tepat bermula
dari sekarang untuk mencari peluang secara sambilan atau sepenuh
masa.
·
Di mana (where) - Memilih lokasi bekerja sama
ada di rumah Merujuk kepada lokasi atau luar rumah.
·
Siapa (who) – Kenali sasaran pelanggan, mentor dalam bidang yang
dipilih, rakan niaga yang berkongsi minat yang sama dan kenalan yang juga aktif
dalam bidang yang diceburi.
·
Bagaiman (How) – Usaha anda untuk bermula, sama ada menggunakan pengalaman
sedia ada, menghadiri seminar atau bengkel untuk menambah kemahiran.
Melalui kisah pengalaman mereka bekerja dan sudah meletak jawatan, proses
untuk kembali menyeimbangkan kewangan keluarga bukanlah semudah memetik jari.
Sama ada anda membuat bisnes dan menguruskan rumah tangga secara sambilan atau
separuh masa, ia memerlukan motivasi serta konsisten yang berterusan.
Baca asas persediaan di sini
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
No comments:
Post a Comment