Thursday, January 28, 2016

Berhemah cara makcik kampung

Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Kenapa laris dan ramai?
Berpagi hari ini ke pasar pagi Jumaat. Sudah lama tidak ke sana.
Pagi Jumaat sedikit istimewa, ibu sudah siapkan nasi lemak.
Ikan bilis, telur rebus dan sayur goreng campur.
Semua baki sayur dalam peti ais kobis, sawi dan tomato. Campur sekali ikan bilis. Jadi selesai menu berat pagi Jumaat.
Kekal lama sedikit laparnya. Buku latihan sudah susun untuk minggu ini, jadi sambil main sambil buat latihan berdikit.
Ke pasar pagi aktiviti selang seli sahaja. Menariknya membeli sayuran dan ulam kampung, kerana membeli dengan harga murah.
Saya ambil daun kesum, daun sawi, kemudian penjual ringan tangan memasukkan dua biji asam limau dan juga lada hijau.
Jelajah lagi, nampak berbaki makcik yang menjual sayuran, jadi ambil lagi lebihan seorang pembeli, sebelah sayur kobis dan tambahan bunga kobis. Hanya RM4 tetapi, sekali lagi makcik ringan tangan memasukkan beberapa biji tomato dan juga lada hijau.
Singgah juga deretan ikan segar. Ikan keli, ikan haruan yang masih jinak dalam sangkar. Hanya sekilo ikan keli RM7 sahaja.
Angannya mahu masak lemak cili padi. Kempunan.
Rutinya begitulah gaya hidup di kampung tidak juga dikatakan kampung.
Ketika sana-sini bercerita hal ekonomi yang makin mencabar. Mungkin kita boleh menoleh dan rai peniaga kecil dan jalanan.
Makcik-makcik berusaha dengan cara mereka bercucuk tanam dan menjual pasar pagi. Ia adalah kelangsungan hidup.
Namun jangan tidak percaya, nampak sahaja biasa-biasa mak cik penjaja kecil, namun aliran tunai mereka kekal 'lancar'.
Bukan sekadar menjual, setakat membeli tanah secara tunai itu adaah gaya hidup makcik kampung.
Mungkin mereka tidak terpelajar namun sikap amalan berhemah itulah yang patut kita ambil peduli.
Ish, lari tajuk pula saya pagi ini hehe. ;D
Travelog suri nota motivasi

Semua rujukan asas boleh dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



No comments:

Post a Comment