Dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Ulasan: Norashikin Saaaid
http://norashikinsaid.blogspot.my/2013/09/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html
Assalammualaikum bakal
WAHM dan ibu2 WAHM
Alhamdulillah usai
sudah membaca EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang
menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita
hebat Masayu Ahmad. Seharian membaca ebook ini memberi 1001 jalan
penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang.
Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan
ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali.Sesuai dengan fitrah dan
tuntutan Al-Quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun
bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan
masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan
boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang
kepada sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya
masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan
1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti
kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi
disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh jadi
saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk
menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian
itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan
berubah 3600 apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya
telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM
secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan
hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru
saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku
dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri begitu tebal tapi
setelah membaca EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan
untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita
tuju.Setiap halaman memberikan info-info dan tips-tips yang
menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi
sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka
dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan
menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan
dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan
memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana.
Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
‘Bagi saya cabaran
datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan
cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan
kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas
tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu
FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita
berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’
Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran
yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur
ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam
rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan
rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran
positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa
ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang
telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana bekerja di
rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta
pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini
boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan
masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita
mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang
mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa
produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis
menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak
tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita
yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita
perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh
ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi
WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan
usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya
menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi
pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan
mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka
semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama
memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment