Monday, January 25, 2016

Sotong rebus tok ayah

Sotong ketuk serai

Teks: Masayu Ahmad.

Sotong rebus Tok Ayah.
Tiga hari dalam seminggu ini saya pasak jadual masa saya khusus untuk ayahanda.
Semalam sambil memasak melihat sosok tubuh itu semakin dimamah usia.
Hati dipalu sendu.
Barangkali itulah kan perasaan kita wanita, cepat rasa sedih apatah lagi melihat wajah orang tersayang.
Menu ayahanda memang berbeza. Jadi saya dan kakak sudah tahu apa padanan menu yang dimahukan.
Sotong goreng kunyit, ikan rebus dan bendi celur.
Saya sudah beli sotong segar khusus untuk dia.
Apabila sampai, tidak ada. Selalunya adalah tu aktiviti.
Jadi simpan dahulu jam 12 barulah mahu masak.
Tengok dia bimbit setengah kilo lagi sotong segar.
"Nok rebus nise sotong ni."
Tahulah dia mahu sotong rebus ketuk serai.
"Mari ayoh siang ikan dan sotong." Tambahnya.
Kami sama-sama memasak.
Sambil memasak, entahlah kali ini rasa macam syahdu pula.
Saya pandang puas-puas ayah yang sedang nyenyak tidur, sambil sepoi-sepoi angin tengahari. Nyaman.
Usai makan dia berehat sebentar.
Selalu diajak balik bersama. Tidak mahunya ayah. Mahu berada di rumah sendiri lebih nikmat.
Jadi kali ini jadual kerja bertukar lagi.
Rutin boleh bertukar dan kita boleh fleksibel. Ayahanda tidak ada galang ganti.
Travelog suri nota motivasi

No comments:

Post a Comment