Mama tanpa bibik latih
tubi kemahiran hidup
Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
Gerimis halus masih
berjurai jurai turun. Menandakan berada di akhir tahun 2016. Maksudnya musim Tengkujuh
di Pantai Timur. Sejak semalam langit
gelap, tanah basah. Sana sini kelihatan air bertakung di tanah. Cuaca redup dan
nyaman. Tidak berapa lama lagi juga sekolah akan dibuka. Ibu terutamanya sibuk menyediakan kelengkapan
anak-anak. Saya sendiri membuat persediaan berperingkat.
Cuti sekolah selain
bercuti-cuti,pada masa inilah meneruskan latih tubi kemahiran hidup. Mempunyai
empat anak lelaki dua perempuan sememangnya
ia satu anugerah, tetapi memecah pandangan rutin anak perempuan dengan kerja
rumah itulah matlamatnya.
Bukan sekadar bercuti,
anak-anak diberi latih tubi kehidupan. Mengemas tempat tidur, membasuh tandas,
mengurus pakaian, mencuci pinggan mangkuk. Selalu saya titipkan pesanan. Kita
tidak ada pembantu rumah, jadi sama-sama lakukan tidak kira lelaki atau
perempuan.
Ketika anak-anak masih
kecil saya berkesempatan juga mempunyai pembantu rumah. Selepas kelahiran
berderet selang setahun. Tambahan pula bekerja dan ternyata kepenatan berganda.
Mengangkut anak-anak ke rumah pengasuh, kemudian balik kerja bekejar pula menyelesaikan urusan rumah tangga.
Seawal pagi apabila membuka mata,
berderet senarai rutin perlu diselesaikan. Menyiapkan anak, bekalan makanan dan
pakaian. Menghantar ke nurseri atau pengasuh. Kemudian memecut laju untuk
sampai ke pejabat. Setiap hari kekesakan jalan raya menyesakkan dada, tidak
mahu lewat sampai ke pejabat dan kalau boleh tidak mahu terperangkap dalam
kesesakan trafik.
Jika menggunakan perkhidmatan
awam, juga perlu segera bergerak untuk mendapatkan tempat di dalam LRT, bas
atau teksi. 8 pagi hingga 5 petang perlu memerah mental untu keperluan organisasi.
Jam menghampiri 5, sudah siap sedia
untuk memecut 100 km sejam agar cepat sampai ke rumah.
Di rumah seolah-olah mahu
menyinsing kain ke paras lurut, menyinsing lengan dan menyanggul rambut. Siap
sedia untuk tugas seterusnya. Mengambil anak, memasak, mengemas, tidak termasuk
solat dan membersihkan diri. Perlu juga meneliti kerja-kerja sekolah anak-anak.
Bekalan keperluan anak-anak kecil.
Hampir malam apabila membaringkan
tubuh di tilam untuk lena dan rehat, barulah terasa kepenatan seharian. Sering
membayangkan pendapatan selesa setiap bulan dan hanya berada di rumah. Boleh
memasak untuk suami dan anak-anak, tidak perlu membeli di kedai. Menguruskan
anak-anak kecil sendiri, tidak perlu bersusah payah mengupah pengasuh,
menggunakan pembantu rumah.
Waktu rehat yang cukup dan tidak
mahu lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bangun awal pagi, solat,
menyedut udaran segar. Menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Mengemas
rumah dan melakukkan perkara-perkara yang digemari dengan bebas sebebasnya.
Seronoknya bekerja di rumah sepenuh masa sambil menguruskan anak-anak.
Itulah beza
gambaran dahulu sebelum berada di rumah. Kini perjuangan diteruskan. Cabaran
masih ada namun berperingkat kita suai padan dan hadamkan mengikut peringkat
kematangan. Masa berubah, fikiran berubah, usia juga berubah. Nawaitu dipasak
agar kita tahu saat berdiri ia adalah prinsip utuh bahawa apabila sudah
menyemai tentu ada hasilnya. Apabila sudah berusaha Alhamdulillah ituah
rezekinya.
No comments:
Post a Comment