Thursday, January 28, 2016

Berhemah cara makcik kampung

Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Kenapa laris dan ramai?
Berpagi hari ini ke pasar pagi Jumaat. Sudah lama tidak ke sana.
Pagi Jumaat sedikit istimewa, ibu sudah siapkan nasi lemak.
Ikan bilis, telur rebus dan sayur goreng campur.
Semua baki sayur dalam peti ais kobis, sawi dan tomato. Campur sekali ikan bilis. Jadi selesai menu berat pagi Jumaat.
Kekal lama sedikit laparnya. Buku latihan sudah susun untuk minggu ini, jadi sambil main sambil buat latihan berdikit.
Ke pasar pagi aktiviti selang seli sahaja. Menariknya membeli sayuran dan ulam kampung, kerana membeli dengan harga murah.
Saya ambil daun kesum, daun sawi, kemudian penjual ringan tangan memasukkan dua biji asam limau dan juga lada hijau.
Jelajah lagi, nampak berbaki makcik yang menjual sayuran, jadi ambil lagi lebihan seorang pembeli, sebelah sayur kobis dan tambahan bunga kobis. Hanya RM4 tetapi, sekali lagi makcik ringan tangan memasukkan beberapa biji tomato dan juga lada hijau.
Singgah juga deretan ikan segar. Ikan keli, ikan haruan yang masih jinak dalam sangkar. Hanya sekilo ikan keli RM7 sahaja.
Angannya mahu masak lemak cili padi. Kempunan.
Rutinya begitulah gaya hidup di kampung tidak juga dikatakan kampung.
Ketika sana-sini bercerita hal ekonomi yang makin mencabar. Mungkin kita boleh menoleh dan rai peniaga kecil dan jalanan.
Makcik-makcik berusaha dengan cara mereka bercucuk tanam dan menjual pasar pagi. Ia adalah kelangsungan hidup.
Namun jangan tidak percaya, nampak sahaja biasa-biasa mak cik penjaja kecil, namun aliran tunai mereka kekal 'lancar'.
Bukan sekadar menjual, setakat membeli tanah secara tunai itu adaah gaya hidup makcik kampung.
Mungkin mereka tidak terpelajar namun sikap amalan berhemah itulah yang patut kita ambil peduli.
Ish, lari tajuk pula saya pagi ini hehe. ;D
Travelog suri nota motivasi

Semua rujukan asas boleh dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



Monday, January 25, 2016

Sotong rebus tok ayah

Sotong ketuk serai

Teks: Masayu Ahmad.

Sotong rebus Tok Ayah.
Tiga hari dalam seminggu ini saya pasak jadual masa saya khusus untuk ayahanda.
Semalam sambil memasak melihat sosok tubuh itu semakin dimamah usia.
Hati dipalu sendu.
Barangkali itulah kan perasaan kita wanita, cepat rasa sedih apatah lagi melihat wajah orang tersayang.
Menu ayahanda memang berbeza. Jadi saya dan kakak sudah tahu apa padanan menu yang dimahukan.
Sotong goreng kunyit, ikan rebus dan bendi celur.
Saya sudah beli sotong segar khusus untuk dia.
Apabila sampai, tidak ada. Selalunya adalah tu aktiviti.
Jadi simpan dahulu jam 12 barulah mahu masak.
Tengok dia bimbit setengah kilo lagi sotong segar.
"Nok rebus nise sotong ni."
Tahulah dia mahu sotong rebus ketuk serai.
"Mari ayoh siang ikan dan sotong." Tambahnya.
Kami sama-sama memasak.
Sambil memasak, entahlah kali ini rasa macam syahdu pula.
Saya pandang puas-puas ayah yang sedang nyenyak tidur, sambil sepoi-sepoi angin tengahari. Nyaman.
Usai makan dia berehat sebentar.
Selalu diajak balik bersama. Tidak mahunya ayah. Mahu berada di rumah sendiri lebih nikmat.
Jadi kali ini jadual kerja bertukar lagi.
Rutin boleh bertukar dan kita boleh fleksibel. Ayahanda tidak ada galang ganti.
Travelog suri nota motivasi

Monday, January 18, 2016

101 idea bisnes di rumah


Pertama kali saya baca Bab 1, fikiran saya sudah mula berangan-angan. Ya terlalu banyak sebenarnya idea bisnes yang boleh dilakukan. Lihat dan analisa kepakaran dan kemahiran yang kita ada. Sebagai contoh, bisnes makanan. Sekiranya kita suka memasak, kita boleh mula dengan menjual makanan atau masakan yang kita mahir dan pakar. Sesuai dengan fitrah kita sebagai wanita sememangnya memasak tidak boleh dipisahkan daripada dunia kita sebagai suri. Apatah lagi sekiranya kita ada bakat dalam masakan. Ambil peluang ini untuk sama-sama kita kongsikan pengalaman dan kepakaran dengan orang lain. Sebagai contoh, sepupu suami saya, Puan Maszie Fatah. Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan kepakaran beliau adalah dalam bidang masakan. Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau mula kongsikan pengalaman tentang masakan melalui blog. Baru-baru ini beliau telah menceburkan diri dalam bisnes kuih talam dan pelbagai jenis kek. Kisah lanjut blog beliau boleh baca di sini: www.maszie.blogspot.com

Pendek kata, daripada bidang masakan pelbagai cabang bisnes makanan kita boleh jalankan. Antara contoh lain ialah bisnes menjual sarapan pagi, bisness roti dan kek, bisness khidmat katering, bisnes makanan sejuk beku dan banyak lagi. Seterusnya apabila bisnes masakan ini boleh dikembangkan lagi dengan membuka kelas atau bengkel masakan. Semua operasi bisnes adalah dari rumah dan dimulakan secara kecil-kecilan dahulu. 

Saya merujuk pada muka surat 14 Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, dikongsikan juga kisah inspirasi kejayaan seorang usahawan yang bermula dari rumah.

"Beliau melakukan usaha ini secara kecil-kecilan dari rumah selama tiga tahun. Selepa itulah baru mengorak langkah memiliki kedai sendiri. Selepas berhenti kerja, dengan menggunakan wang simpanan sendiri, sebanyak RM50,000 untuk dijadikan modal. 30 Jun 1999, membuka kedai Kek Hidayah Hidayah. Kisah lanjut inspirasi ini boleh dibaca di sini:http://mingguanwanita.karangkraf.com/wanita/wanita-bisnes/impian-jadiusahawan-kek-terlaksana-1.119518".

Saya baca lagi bab seterusnya didedahkan pula tentang mula bisnes tanpa modal dengan bisnes dropship. Antara petikan bab yang menarik untuk dikongsikan tentang bisnes dropship:

"Mula bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang tersebut di facebook, fan page, wen jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen. Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula pada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk".

Bercakap berkenaan bisnes dropship, bisnes ini amat sesuai sekali bagi suri yang mahu mula bisnes dari rumah secara kecil-kecilan. Kami di ABDR juga ada menawarkan bisnes dropship untuk produk digital dan produk fizikal. Bisnes ini amat mudah untuk dijalankan kerana kita tidak perlu menyimpan stok dan menghantar produk kepada pelanggan. Kita boleh kumpul komisyen yang diterima daripada bisnes dropship ini untuk dijadikan modal bisnes yang berskala besar pula. 

Saya baca bab seterusnya dan baca lagi sehinggalah selesai. Secara keseluruhannya, ebook ini merupakan naskhah yang wajib dibaca untuk semua golongan yang ingin mula menceburkan diri dalam bisnes. Untuk memulakan sesuatu bisnes, kita jadikan juga ilmu tentang bisnes ini sebagai modal kita dalam bisnes. Mengenalpasti idea bisnes amat penting sekali sebagai asas dalam memulakan sesuatu bisnes. Pastikan idea bisnes kita sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dan bukan kita buat bisnes kerana kita syok sendiri. Ketahui pasaran bisnes supaya kita boleh fokus atau niche bisnes kita.

Saya amat mengesyorkan kalian semua untuk baca dan memiliki ebook ini sebagai panduan dalam memulakan bisnes kalian. Antara lain, ebook ini juga turut mendedahkan:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matllamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Staregi Pemasaran Gaya Rasullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Wednesday, January 13, 2016

Panduan berhenti kerja

Salah satu kelemahan paling ketara suri yang mahu bermula sebagai suri bekerja di rumah tidak ada perancangan dalam pengurusan kewangan.
+ Apabila mahu merancang untuk berhenti kerja, salah satu pelan adalah membuat matlamat kewangan.
+Matlamat kewangan perlu jelas dan spesifik. Atau dengan nama lain ia perlu diukur. Berhenti kerja adalah matlamat secara umum. Tetapi apa matlamat kewangan yang ingin dicapai.
+Sangat penting untuk berbincang dengan suami (pasangan) agar matlamat kewangan ini mampu membantu hala tuju kewangan keluarga.
Senaraikan perkara berikut.
1. Sumber pendapatan.
2. Senarai hutang.
3. Senarai simpanan.
+Tiga perkara di atas sangat asas untuk dikenalpasti. Berapa sumber pendapatan dari kerja sedia ada. Apabila berhenti kerja kelak, apakah sumber pendapatan baru yang akan diusahakan.
+Sumber pendapatan baru itu mungkin sudah pun dimulakan tiga tahun lebih awal sebelum berhenti kerja. Buat matlamat pendapatan dari sumber pendapatan tersebut.
+Contoh, pendapatan sedia ada adalah 3K sebulan, jadi apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat RM3K pendapatan sampingan sebagai menggantikan gaji sedia ada.
Sumber: Ebook Yeay Mama Sudah Resign.


Tuesday, January 12, 2016

Inspirasi bekerja di rumah

http://noraziramohamed.blogspot.my/2013/11/supermom-yang-hebat-urus-masa-tenaga.html


Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan.
Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluarga semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya ;(.
Pada mulanya, saya tidak tahun apa itu WAHM, SAHM ataupun SOHO. Saya mula menjumpai singkatan ini di laman social kawan-kawan. Saya mula mencari apa itu WAHM, SAHM dan SOHO. Sungguh saya terkejut pada mulanya. WAHM ialah work at home mom, SAHM pula stay at home mom manakalan SOHO ialah small office home office.
Sungguh saya tidak tahu bahawa sekarang ini betapa ramainya wanita yang berhenti kerja menjaga anak dirumah tapi pada masa yang sama membuat perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan. Oh sungguh saya teruja. Saya juga berkira-kira hendak berhenti kerja dan menjaga anak sendiri tetapi memandangkan kewangan menjadi salah satu faktor saya terus bertahan. Lagi pun pula, minda sejak kecil lagi telah pun di'set'kan bahawa selepas belajar, kena kerja. Tak pernah terfikir bahawa saya boleh menjaga anak sambil bekerja secara atas talian.
Membaca ebook Super WAHM super MOM, banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan langkah kearah WAHM ataupun SAHM. Antara isi kandungan didalam ebook ini ialah :



Saturday, January 9, 2016

Persediaan berhenti kerja


Ulasan: Norashikin Saaaid
http://norashikinsaid.blogspot.my/2013/09/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html

Assalammualaikum bakal WAHM dan ibu2 WAHM
Alhamdulillah usai sudah membaca  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita hebat Masayu Ahmad. Seharian membaca ebook ini memberi  1001 jalan penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang. Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali.Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan  sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang kepada  sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan 1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh  jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 360apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri begitu tebal tapi setelah membaca  EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.Setiap halaman memberikan  info-info  dan tips-tips  yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
‘Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana  bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.


Apa itu wahm, sahm, soho?

Dapatkan rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Ulasan Munirah Yusoff.

http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ualasan-ebook-super-wahm-super-mom.html

Ketika masih di bangku sekolah lagi, bekerja di rumah bukanlah satu pilihan bagi saya. Mungkin kerana pemikiran saya bahawa berada di pejabat dan berada di luar rumah itu melibatkan pekerjaan. Apatah lagi, kerana saya tidak berminat untuk duduk di rumah dalam jangka masa yang lama. 

        Oleh kerana saya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah, ia menyemarakkan lagi semangat saya untuk bekerja di pejabat. Bagi saya, saya tidak mahu sia-siakan pelajaran saya tanpa bekerja di bidang yang berkaitan. Dengan bekerja serta bekerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman, dapat meningkatkan lagi ilmu kemahiran saya.

         Hinggalah pada tahun 2014, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes secara online. Dengan maklumat yang saya dapati melalui eBook Super Wahm Super Mom, saya memahami bahawa terdapat beberapa konsep bekerja di rumah yang boleh di jalankan. Antaranya:


·                     Study at home mom (Sahm) – sama ada belajar sambil bekerja (separuh masa atau sepenuh masa). Fokus utama adalah mengurus rumah tangga sambil menambah ilmu.
·                     Stay at home mom (sahm-surirumah sepenuh masa) – pilihan bagi suri rumah yang tidak melakukan sebarang aktiviti untuk menambah pendapatan. Ia sama ada pendapatan suami stabil atau mengambil peluang sepenuhnya mengurus rumah tangga.
·                     Work at home mom (wahm) – Ia adalah trend masa kini, menguruskan rumah tangga dan bisnes secara serentak sama ada sepenuh masa ata separuh masa.
·                     Small office home office (soho) – mempunyai pejabat kecil di rumah dengan keperluan asas seperti internet, komputer dan peralatan pejabat yang sesuai bagi menjalankan bisnes.
     Apabila sudah mengetahui konsep bekerja di rumah yang serasi, bertindak berdasarkan analisa 4W 1H berikut:
·                     Apa (what) – Membuat pilihan sama ada bekerja secara sambilan atausepenuh masa.
·                     Bila (when) – Pilih masa yang tepat bermula dari sekarang untuk mencari peluang secara sambilan atau sepenuh masa.
·                     Di mana (where) - Memilih lokasi bekerja sama ada di rumah Merujuk kepada lokasi atau luar rumah.
·                     Siapa (who) – Kenali sasaran pelanggan, mentor dalam bidang yang dipilih, rakan niaga yang berkongsi minat yang sama dan kenalan yang juga aktif dalam bidang yang diceburi.
·                     Bagaiman (How) – Usaha anda untuk bermula, sama ada menggunakan pengalaman sedia ada,  menghadiri seminar atau bengkel untuk menambah kemahiran.

       Melalui kisah pengalaman mereka bekerja dan sudah meletak jawatan, proses untuk kembali menyeimbangkan kewangan keluarga bukanlah semudah memetik jari. Sama ada anda membuat bisnes dan menguruskan rumah tangga secara sambilan atau separuh masa, ia memerlukan motivasi serta konsisten yang berterusan.

Baca asas persediaan di sini

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop