Thursday, December 29, 2016

Surirumah tradisional vs moden

Surirumah tradisional vs moden
Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
Apa yang difahamkan dengan suri rumah tradisional. Wanita tradisional secara amnya mempunyai peranan asas dalam pembentukan keluarga. Melakukan tugas asas seperti memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah, mengasuh anak-anak, menguruskan pakaian. Jika dahulu mereka menggunakan kudrat sendiri tanpa bantuan peralatan moden. Membasuh menggunakan tangan, mengasuh anak-anak sehingga mereka besar dan mula bersekolah. Menyediakan sarapan pagi, tengahari, dan malam.
Belum ada lagi istilah pembantu rumah, peralatan moden seperti mesin basuh, peti sejuk yang memudahkan kerja-kerja rumah. Mereka melakukannya sendiri, manakala suami tugas khusus adalah mencari rezeki. Agihan tugas yang jelas isteri mengurus rumah tangga, manakala suami adalah sumber utama ekonomi keluarga.
Berbeza dengan wanita moden hari ini sejajar dengan perkembangan literasi yang cukup pesat. Wanita turut sama bekerja untuk menampung ekonomi keluarga dan juga mereka kini mempunyai kelayakan pendidikan yang semakin baik.
Sejajar dengan itu, sudah ada pembantu rumah, pusat asuhan, pusat pendidikan awal kanak-kanak, ia adalah saluran untuk membantu peranan ibu dalam menguruskan rumah tangga. Peredaran masa dan trend moden banyak memberi perubahan kepada peranan ibu.
Seorang isteri. Masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik untuk suami. Cacat cela dan kekurangan diri perlu lagi diperhalusi dan dibuang mana-mana yang kurang sesuai. Mampu menjadi pendengar setia, pendamping yang mesra, juga bijak dalam aturan urusan keluarga.
Apa seronoknya jadi wanita
Gali dan cari minat untuk keseronokan diri. Sekiranya minat adalah memasak, walaupun tidak sehebat chef tetapi sangat berpuas hati apabila anak-anak dan suami berselera menikmati. Ia sudah tentu boleh menjadi satu terapi atau aset paling berharga yang ada pada seorang isteri.
Menjadi pakar masak di dapur. Boleh menyediakan apa sahaja jenis masakan untuk suami dan anak-anak. Apa gunanya dapur moden, cantik dan bergaya jika ia hanya pameran semata. Apa guna koleksi pinggan mangkuk yang mahal berjenama jika hanya simpanan sahaja.
            Mulai sekarang tanam azam untuk menyediakan masakan hebat kepada suami. Dari masakan tradisional hinggalah barat, dari kuih muih hinggalah kek moden yang enak.
Sangat mudah wanita di zaman siber menggunakan teknologi untuk meningkatkan kualiti sebagai isteri.
Mulianya seorang isteri, ibu dan bergelar wanita. Berpindah tangan daripada keluarga dan kemudian beralih kepada seorang lelaki digelar suami. Suami yang dikenali sangat asing dan kini hidup sebumbung dan tidur sekatil.Maruah dan kehormatan diserahkan. Mungkin hanya  satu-satunya teman hidup, atau mungkin bertambah dan mempunyai teman, dua, atau tiga madu. Ini juga dikira pengorbanan. Perngorbanan untuk berkongsi kasih.
Isteri moden hari ini, perlu keluar dari rumah mencari rezeki. Menambah dan membantu suami untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Wanita moden hari ini perlu mendapatkan pendidikan yang tertinggi.
Bakal isteri kini sangat pasti akan ditanya belajar setinggi mana, bekerja apa dan berapa pendapatan. Betapa ia sudah menjadi budaya. Namun bagi wanita yang bijak  sudah menyusun strategi perlu menggali sebanyak mana peluang, untuk dia kembali berada di rumah dan mampu mengurus rumah tangga dengan lebih baik. Sangat bertuah bagi wanita yang diberi peluang ‘menjadi suri sepenuh masa’. Memang indah namun ia juga adalah cabaran untuk mengurus rumah tangga dengan penuh berhemah.
Kesenangan dan kebahagiaan adalah rahsia dalam hubungan keluarga. Seupaya mungkin seorang isteri perlu menyimpan segala kesusahan. Ia adalah gabungan dan resipi untuk bersama suami. Susah dan senang bersama. Menjaga aib suami adalah tanggungjawab, menjaga harta adalah amanah yang perlu digalas sempurna.
Perngorbanan yang tiada tara
Isteri selalu mendahulu suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Menyediakan masakan yang sedap dan enak untuk santapan keluarga. Citarasa suami dan anak-anak didahulukan. Berusaha yang terbaik untuk menguruskan rumah tangga. Bangkit seawal pagi, usai solat menyegerakan urusan menyediakan sarapan, persediaan sekolah anak-anak, dan juga kelengkapan suami.
Rutin bermula sebelum subuh hinggalah lewat malam. Tidak mengenal erti penat, segalanya perlu dikerjakan dengan ikhlas. Korbankan masa, tenaga untuk melihat segalanya dilakukan dengan terurus.


Wednesday, December 21, 2016

Latih tubi kemahiran hidup

Mama tanpa bibik latih tubi kemahiran hidup
Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com

Gerimis halus masih berjurai jurai turun. Menandakan berada di akhir tahun 2016. Maksudnya musim Tengkujuh di Pantai Timur. Sejak semalam  langit gelap, tanah basah. Sana sini kelihatan air bertakung di tanah. Cuaca redup dan nyaman. Tidak berapa lama lagi juga sekolah akan dibuka.  Ibu terutamanya sibuk menyediakan kelengkapan anak-anak. Saya sendiri membuat persediaan berperingkat.
Cuti sekolah selain bercuti-cuti,pada masa inilah meneruskan latih tubi kemahiran hidup. Mempunyai empat anak lelaki  dua perempuan sememangnya ia satu anugerah, tetapi memecah pandangan rutin anak perempuan dengan kerja rumah itulah matlamatnya.
Bukan sekadar bercuti, anak-anak diberi latih tubi kehidupan. Mengemas tempat tidur, membasuh tandas, mengurus pakaian, mencuci pinggan mangkuk. Selalu saya titipkan pesanan. Kita tidak ada pembantu rumah, jadi sama-sama lakukan tidak kira lelaki atau perempuan.
Ketika anak-anak masih kecil saya berkesempatan juga mempunyai pembantu rumah. Selepas kelahiran berderet selang setahun. Tambahan pula bekerja dan ternyata kepenatan berganda. Mengangkut anak-anak ke rumah pengasuh, kemudian balik kerja bekejar  pula menyelesaikan urusan rumah tangga.

Seawal pagi apabila membuka mata, berderet senarai rutin perlu diselesaikan. Menyiapkan anak, bekalan makanan dan pakaian. Menghantar ke nurseri atau pengasuh. Kemudian memecut laju untuk sampai ke pejabat. Setiap hari kekesakan jalan raya menyesakkan dada, tidak mahu lewat sampai ke pejabat dan kalau boleh tidak mahu terperangkap dalam kesesakan trafik.

Jika menggunakan perkhidmatan awam, juga perlu segera bergerak untuk mendapatkan tempat di dalam LRT, bas atau teksi. 8 pagi hingga 5 petang perlu memerah mental untu keperluan organisasi. Jam menghampiri 5,  sudah siap sedia untuk memecut 100 km sejam agar cepat sampai ke rumah.

Di rumah seolah-olah mahu menyinsing kain ke paras lurut, menyinsing lengan dan menyanggul rambut. Siap sedia untuk tugas seterusnya. Mengambil anak, memasak, mengemas, tidak termasuk solat dan membersihkan diri. Perlu juga meneliti kerja-kerja sekolah anak-anak. Bekalan keperluan anak-anak kecil.
Hampir malam apabila membaringkan tubuh di tilam untuk lena dan rehat, barulah terasa kepenatan seharian. Sering membayangkan pendapatan selesa setiap bulan dan hanya berada di rumah. Boleh memasak untuk suami dan anak-anak, tidak perlu membeli di kedai. Menguruskan anak-anak kecil sendiri, tidak perlu bersusah payah mengupah pengasuh, menggunakan pembantu rumah.
Waktu rehat yang cukup dan tidak mahu lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bangun awal pagi, solat, menyedut udaran segar. Menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Mengemas rumah dan melakukkan perkara-perkara yang digemari dengan bebas sebebasnya. Seronoknya bekerja di rumah sepenuh masa sambil menguruskan anak-anak.
Itulah beza gambaran dahulu sebelum berada di rumah. Kini perjuangan diteruskan. Cabaran masih ada namun berperingkat kita suai padan dan hadamkan mengikut peringkat kematangan. Masa berubah, fikiran berubah, usia juga berubah. Nawaitu dipasak agar kita tahu saat berdiri ia adalah prinsip utuh bahawa apabila sudah menyemai tentu ada hasilnya. Apabila sudah berusaha Alhamdulillah ituah rezekinya.


Wednesday, December 14, 2016

Cabaran bekerja di rumah

Pengalaman paling mencabar adalah ditipu ribuan ringgit dari wang yang dikumpul bersusah payah. Bawa anak yang masih kecil ke mana-mana tempat berniaga. Berhujan dan berpanas ketika berada di tapak jualan adalah perkara biasa. Tetapi itu semua pengalaman indah, ia mengajar saya siapa kawan dan lawan.
Mukasurat 19
Rumah saya berhampiran dengan jalan besar, kenderaan lalu lalang sentiasa ada. Juga pemasaran bagi saya, pelanggan boleh nampak walaupun dalam kereta kerana ada papan tanda besar yang tertera ‘ANA TAILOR’ pada pagar rumah. Alhamdulillah ramai pelanggan dari pelbagai bangsa Cina, India, Melayu apatah lagi.
Mukasurat 20
Cabarannya ketika mana, suami bekerja di luar kawasan dan dalam waktu yang sama kelas jahit saya diadakan. Ia menjadi cabaran kerana saya perlu menjaga seramai 5 orang anak di samping perlu fokus kepada kepada kelas yang diadakan walaupun kelas dijalankan di rumah.
Mukasurat 28
Walaupun beroperasi dari rumah, struktur dan model perniagaan dan gerak kerja mesti diatur secara sistematik. Pengurusan operasi seperti memastikan stok barang-barang sentiasa mencukupi pada masa yang sama mengelakkan ‘lebihan stok’. Hanya bahan-bahan yang segar sahaja digunakan dalam proses pembuatan kek.
Mukasurat 3
Sumber Ebook Inspiras Bekerja Di Rumah.
Kalian sudah boleh baca edisi penuh.

Cabaran bekerja di rumah

Cabaran.
Cabaran paling sukar dalam perniagaan buku yang diimport ialah apabila kadar pertukaran wang asing yang menjadi semakin mahal pada masa kini.
Kami tidak boleh sewenangnya menikmati keuntungan yang kami perolehi kerana sebahagian besarnya perlu menjadi modal untuk mengimport stok baru pula memandangkan permintaan sentiasa ada.
Tambahan lagi, walaupun lebih nilai modal dilaburkan, tetapi kuantiti buku yang boleh dibeli jauh lebih sedikit dari yang kami import semasa awal perniagaan kami pada tahun 2011 dahulu.
Antara kepuasan yang saya dapat dalam perniagaan saya ialah apabila dapat berkongsi rezeki bersama orang lain dengan menawarkan peluang dropship.
Manakala pencapaian yang paling membanggakan bagi saya ialah apabila agen dropship yang memulakan perniagaan dengan hanya menjual produk saya, kini telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan lebih baik dari saya.
Walaupun ia pencapaian orang lain dan bukan pencapaian saya sendiri, tetapi amat bermakna buat saya dan saya tumpang bangga kerana kejayaan itu berasal dari satu peluang yang saya berikan padanya dengan izin Tuhan.
Mukasurat 51


Sunday, December 11, 2016

Inspirasi bekerja di rumah

Teks:Masayu Ahmad.
Dalam naskah kali ini, menghimpunkan 13 kisah ibu-ibu yang bermula dan subur inspirasi pengalaman bermula dari rumah. Bukan sekadar itu mereka pernah bermula dengan sumber yang ada, pernah berkedai dan kemudian kembali mengemudi hanya dari rumah.
Kisah-kisah ini tentunya memberikan idea dan inspirisi buat kalian yang baru bermula atau sedang berada turun naik semangat.
Kisah dan nadi kehidupan ia ibarat titik juang. Kita merancang, Allah menyempurnakan. Kita berjuang Allah jualah membenarkan.
Sesekali lihat ke belakang untuk meraih kesyukuran. Hela nafas lelah dan berehatlah seketika. Kemudian sambung lagi perjuangan.
Saya nukilankan kisah Dila Aris mengusahakan kelas jahitan di rumah. Fidawati Osman bidang kek dan pastri. Hayati Mohid berkongsi pengalaman berniaga di jalanan. Irdarina mengimport buku buku Islamik luar negara.
Lela Khalil usahawan tart Shell , Mazlina Omar usahawan tuisyen. Mimi Rahim perunding hartanah. Nasriah Abdullah berkongsi pengalaman berniaga bazar. Nelly Sofia berkongsi minat dalam bidang jahitan dan kraf. Norhafizah Mohd Hadi berniaga tudung online. Tuan Fadzillah Tuan Sulaiman bermula di tapak kiosk kini kembali ke rumah. Norzaihana Che Hashim juga dalam bidang jahitan dan Yusnida Tajudin bermula sebagai tutor dan tuisyen
Ada banyak mesej inspirasi buat ibu-ibu yang baru bertatih berniaga. Tidak mudah tetapi sudah tentunya tentang minat dan pilihan. Apabila sudah pilih tentunya Allah akan memberi ilham.
Pilhan yang menjadikan kita bersemangat untuk meneruskan.
Terima kasih buat kalian sahabat-sahabat surirumah sudi berkongsi kisah dan pengalaman. Moga ia menyuburkan rasa juang di kalangan ibu-ibu yang baru bermula. Moga ia sebagai titik inspirasi untuk terus bangkit dan berusaha. Moga ia satu momentum agar lupakan kegagalan rai sebagai pengajaran dan proses kematangan kehidupan. Sumber : ebook inspirasi bekerja di rumah.

Ulasan pembaca ebook inspirasi bekerja di rumah





Inspirasi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t salam Jumaat penuh barokah.
Moga kita sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.
Alhamdulillah. Sekali melangkah kita terus melangkah.
Apabila rebah, kita muhabasah dan kembali bangkit meneruskan perjuangan.
Pagi redup. Zikir kicauan burung.
Pesona alam bergabung atas kesyukuran hari ini.
Siang sudah mula menampakkan wajah.
Kalian yang sudah memiliki edisi penuh ebook paparan lebih jelas dalam tab, semakphone, laptop.


Artikel Mingguan Wanita

Produk makanan dan kraf dari Sarawak.
Kalian boleh berkenalan dengan Ummu Amar.
Kisah lanjut ada dalam himpunan 28 kisah mama resign.


Inspirasi Bekerja Di Rumah