Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
Artikel Mingguan Wanita 1737
Banyak kali apabila
sampai di pintu rumah, anda lelah. Acapkali berperang dengan pasangan kerana
tidak menang tangan menangani segala urusan rumah tangga seorang diri.
Pengurusan waktu yang baik adalah menyeimbangkan kerjaya dan tugas sebagai ibu.
Bukan sekadar memikirkan letihnya rutin mengurusankan anak-anak sekolah. Malah
urusan rumahtangga yang menuntut perhatian bukan sedikit. Mula praktikkan
kitaran kerja berkualiti dan fleksibel. Contohnya melakukan perbelanjaan untuk
bahan basah seminggu sekali, boleh mengurangkan masa dan perbelanjaan untuk
sekeluarga seminggu sekali.
Lebihan
masa yang ada boleh digunakan untuk dinikmati masa berkualiti bersama keluarga.
Ini adalah sekadar contoh, masih banyak penyelesaian kepada pengurusan masa
yang lebih berkesan. Selain itu, anda boleh membuat senarai tugas dan minta
keutamaan dan boleh melihat senarai tersebut dan mula menumpukan untuk
menyelesaikan satu persatu. Ini adalah penyelesaian untuk disiplin baik
menyelesaikan satu persatu tugas sehingga selesai.
Apabila bergelar ibu dan isteri tidak lagi bersiap
sebagaimana muda mudi. Kalau boleh mahu pakaian dan tudung yang boleh terus
siap dipakai tanpa perlu lagi digosok. Pengurusan pakaian adalah salah satu topik
utama yang mencuri banyak masa ramai ibu tidak kira bekerja di luar rumah
mahupun suriruah sepenuh masa.
Selain keperluan untuk diri sendiri, juga perlu
memastikan anak anak berpakaian terurus, siap segala kerja sekolah dan juga
keperluan lain. Selesai rutin kerja luar rumah 9 pagi hingga 5 petang, pulang
ke rumah saatnya pula melihat barisan urusan rumah tangga. Aktiviti sekolah
anak anak, makan malam dan mengemas rumah jika sempat.
Set diri apabila sudah habis waktu bekerja, masanya untuk
fokus kepada urusan di rumah iaitu tidak mencampur aduk dua urusan berbeza pada
satu masa. Setiap orang hanya ada 24 jam sahaja, ibarat potngan sebiji kek yang
mempunya agihan untuk tempoh satu hari. Kadangkala mengapa perlu kerja sampai
lewat malam, padahal di rumah juga keluarga memerlukan anda. Bukan sekadar
bertahan hingga lewat masa, ada juga indiviu yang membawa balik kerja pulang ke
rumah.
Mula latih diri dengan menghargai kejayaan kecil iaitu
menguasai urusan yang menjadi keutamaan setiap hari. Apabila berjaya melakukan
ia adalah kejayaan yang perlu dirai. Berilah hadiah kepada diri sendiri sebagai
salah satu dorongan. Hadiah berupa rawatan di spa, satu hari tanpa lakukan apa
apa, atau memilih melakukan hobi yang digemari. Ini salah satu cara untuk
mengekalkan momentum dan motivasi.
Membuat senara ‘to do
list’ pada malam hari mengikut urutan penting, perkara demi perkara yang perlu
diselesakan hari itu. Mula selesakan perkarang yang paling penting. dan mengikut turutan. Abaikan dahulu perkara tidak penting. Ramai antara kita yang
terperangkap melakukan perkara-perkara kurang penting pada masa paling
produktif awal pagi sepeti melayan laman sosial (face book). Antara aktiviti
yang mencuri masa melayan perbualan dan sembang yang tidak penting di internet.
Terperangkap dengan aplikasi telefon pintar yang hanya membuang masa.
Sepatutnya sudah hampir separuh hari, kerja yang patut diselesaikan awal pagi
masih belum selesai kerana banyak melayan perkara perkara yang kurang penting.
Kemudian terpaksa pula bekerja lebih masa melebihi jam kerja sepatutnya. Jika
tidak, membawa pulang kerja ke rumah, sepatutnya disiapkan di tempat kerja
tetapi disiapkan pula di rumah. Nampak kelihatan mudah tetapi inilah situasi
yang dialami ramai individu. Ia adalah pelengah dan pencuri masa secara senyap.
Katakan tidak. Sebagai wanita, ramai yang tidak pandai untuk
mengatakan tidak kepada orang sekeliling. Kita sering terperangkap mahu menjaga
hati orang lain, agar tidak ada perspektif buruk terhadap diri kita, dipandang
pemalas, tidak suka menolong dan sebagainya. Tetapkan sikap kita adalah pekerja
baik selagi mana tahu skop pekerjaan dan menyiapkan kerja di bawah
tanggungjawab kita sebagaiman yang dimahukan majikan.
Untuk kerja-kerja tambahan sekadar untuk menyedapkan perasaan
rakan, nyatakan tidak dan nyatakan pendirian. Jika kekal dengan prinsip ini
orang lain tidak mudah mengambil kesempatan dengan memberi kerja yang bukan
sepatutnya. Orang lain juga perlu memahami batas waktu dan belajar untuk
menghormati hak anda.
No comments:
Post a Comment