Tks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com 1738
Setiap wanita yang bergelar ibu, emak, umi. mama dan apa sahaja gelaran adalah anugerah tidak ternilai. Hari pertama bergelar isteri tentunya juga hari pertama bergelar ibu adalah hari penuh bersejarah. Ia titik mula satu perjalanan pengalaman yang jauh. Kadangkala memerlukan pecutan kadangkala perlu berhenti berehat. Namun segalanya atas tanggungjawab mahu memberi yang terbaik kepada keluarga. Fokus bukan sahaja buat suami, juga buat anak-anak, ibu bapa, diri sendiri dan masyarakat. Pelbagai topi peranan kita santuni setiap hari, bermula sebagai siren disiplin, tukang masa, juru fesyen, pemandu, guru tuisyen, jururawat malah juga kaunselor.

Di sinilah titik mula keseimbangan mencuri perhatian dan jati diri agar tegak berada pada landasan yang betul. Dalam aspek disiplin kebolehan menyiapkan kerja tepat masa, tidak suka bertangguh dan tidak suka kerja lebih masa adalah satu keutamaan. Ini adalah kerana di rumah juga ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan begitu juga apabila bertukar topi apabila bekerja di pejabat mahupun sebagai usahawan.
Ramai ibu bekerja mempunyai sikap yang mahukan kesempurnaan.
Kita mahu menyelesaikan dalam senarai ‘to do list’ dapat diselesaikan dengan
cepat. Ramai ibu bekerja terjebak dalam
masalah pengurusan masa. Sentiasa mengeluh tidak cukup masa dan kerja terlalu
banyak.
Apa yang perlu adalah penyesuaian dan sikap fleksibel, tahu
fokus pada masa penting untuk tugas yang penting. Tidak ambil mudah dan
main-main dan suka menanguh-nanguhkan kerja, akibatnya kerja kian bertambah. Jika
anda memaksa diri agar lebih realistik untuk mengurus masa dengan lebih baik,
maka lebih banyak tugas yang mampu diselesaikan tepat masa.
Kadangkala anda tidak menyangka bahawa anda mampu dan boleh
melakukan melebihi keupayaan yang sebenar. Ia adalah sikap dan ubah sikap untuk
perubahan yang lebih baik, pengurusan masa yang lebih cekap, buang sikap
bertangguh, dan lebih positif menangani banyak tugas seharian.
Latih
dri untuk membuat kerja pagi dengan lebih lancer. Konsisten dengan tugas pagi
dan selesakan dengan mudah. Bangun awal sebelum anak-anak bangun, nikmati hari
dengan minum secawan kopi panas untuk tenaga pagi. Mandi sudah siap sedia
sebelum anak anak bangun. Bekalan anak anak
dan segala peralatan sekolah semua sudah beres pada malam hari. Ajar
anak anak berdikari dan melakukan perkara mudah dengan pantauan minia.
Hal ini membantu untuk mereka lebih pandai mengurus diri sementara ibu boleh melakukan hal-hal lain. Biasakan mengambil sarapan yang mudah dan menjimatkan masa.
Hal ini membantu untuk mereka lebih pandai mengurus diri sementara ibu boleh melakukan hal-hal lain. Biasakan mengambil sarapan yang mudah dan menjimatkan masa.
Jadikan hubungan sebagai perkongsian harmoni. Selalu
berbincang suami isteri untuk mendapatkan penyelesaian tentang penjagaan anak
di rumah mahupun tentang hal sekolah dan hal lain-lain. Pupuk hubungan baik
dengan pengasuh, memberi waktu cuti, memberi hadiah atau menghadiri jemputan
majlis kesyukuran. Sering bertukar pandangan tentang hal anak-anak, mendengar
masalah pengasuh.. Sertai mana-mana aktiviti sukarela jika
ada kesempatan dan sedikit masa terluang. Tetap
berhubung dengan guru atau pengasuh melalui telefon atau email.
Sudah
mempunyai senarai semak? Ya. Biasakan diri bangun pagi, lakukan regangan, minum
kopi panas dan mula kejutkan anak-anak. Jika anak-anak masih kecil 1 hingga 5
tahun. Biarkan anda sudah benar-benar bersedia dan kelengkapan sudah siap
barulah kejutkan mereka. Jika anak sudah bersekolah latih dari awal agar mereka
boleh dan sudah dapat menguruskan diri sendiri.
Jika sudah biasa, tambahkan lagi tugas mereka, bangun mengemas
katil sendiri dan sudah tahu mana letak pakaian, dan barang-barang keperluan
untuk hari tersebut. Latih setiap hari bermula perkara yang kecil,
lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Jadi pagi anda adalah rutin yang mudah,
bukannya penuh kelam kabut.
Jadikan ia rutin bertenaga. Fikirkan
segala rutin harian adalah rutin yang menyeronokkan dengan menghidupkan
motivasi dan semangat setiap ahli keluarga. Ia bermula dengan seorang ibu yang
sihat, aktif, positif dengan bangun pagi dengan penuh semangat. Apabila ahli
keluarga lain melihat anda dalam keadaan ceria dan positif, ia mempengaruhi
permulaan hari dan membiasakan ia berjalan lancar hinga ke malam.
No comments:
Post a Comment