Teks: Masayu
Ahmad
Redup pagi. Angin sejuk menyapa, bugar sekali. Lafaz syukur atas segala nikmat
hingga ke hari ini. Setiap kali tiba
hujung minggu kesibukan rutin mula mereda. Setiap petang Khamis cuba mencuri
masa mengambil masa rehat. Hari cuti Jumaat dan Sabtu adalah hari keluarga
kerana pada masa inilah semua anak anak berada di rumah.
Jumaat mengambil kesempatan bersama en.suami ke pasar pagi.
Kiranya hari menikmati hujung minggu bersama. Rutin ini beberapa tahun sudah
adalah rutin arwah emak mertua. Setiap pagi Jumaat bersama raga akan ke pasar
pagi. Kini ia sudah berubah, saya pula seolah mengambil alih tugas.
Cuti begini ada yang mengambil kesempatan untuk menjenguk orang tua yang jauh. Jauh di mata terkenang-kenang memori. Ketika hijrah pulang ke kampung enam tahun lalu, kami mengambil peluang menjaga dua orang tua. Kini, seakan akan terkenang memori ketika mereka masih ada. Tentang rutin dan masakan. Sudah tentu masakan adalah antara perkara paling melekat dalam ingatan. Sup tulang dan tempoyak patin menu kesukaan arwah bapa mertua, manakala kerabu perut dan sayur lemak adalah kegemaran arwah mertua.

Ada sahabat yang meminta
pandangan bagaimana kita orang yang jauh ini menyantuni orang tua. Selain doa
yang tidak putus. Tentu ada lagi perkara yang kita mahu buat, tetapi ada
keterbatasan masa dan kesempatan. Apabila ada orang menjaga ayah dan ibu di
kampung lalu bagaimana pula kita mahu menambah khidmat. Ini sekadar pandangan
dan pengalamana. Saya, mujurnya mempunyai ipar dan biras yang baik-baik
Apabila balik mereka berbondong-bondong membawa buah tangan. Selalunya kerana kita faham emak yang sudah semakin uzur. Tidak lagi boleh memasak, seperti selalu sebab kita mahu mereka masak. Tetapi sekiranya uzur benar kitalah yang memulai.

Apabila jarang balik, sangat mahu
merasai masakan ibu, emak dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keterbatasan
kudrat emak atau nenek. Maka tidak perlu lagi memberitahu mahu makan itu dan
itu, rindu masakan itu dan ini. Cukup sekadar menyatakan mahu pulang.
Semoleknya jangan beritahu teringin makan.
Kita boleh bawa masakan yang sudah siap dan
makan beramai-raaai. Boleh nyatakan ibu, mak mahu makan apa. Kita yang membeli
barang-barang basah dan gotong royong, bukan masak kegemaran sendiri sebaliknya
tanya apa mak, ayah, tok abah, tok ayah mahu makan. Sudah petik kegembiraan
awal untuk dirai.
Berterima kasih kepada kakak,
adik, ipar yang menjaga orang tua. Bagaimana? Sesekali balik buat gotong royong
membersikan rumah. Sesekali balik peluk dan ucap terima kasih. Ini juga satu
sokongan emosi dan kasih sayang. Menambah rasa utuh kekeluargaan.
Selalu memberikan sokongan kewangan
setiap bulan tanpa perlu ditanya-tanya. Beri secara konsisten. Waima ibu bapa
sudah kaya raya, menghulurkan setiap kali balik, menjadikan ia ingatan tulus. Sebaiknya
sebelum turun bersihkan rumah, tempat tidur. Sebabnya ia juga satu lagi sokongan
emosi dan perasaan. Bertamu dengan kasih sayang untuk memudahkan. Memudahkan
urusan adalah satu lagi meninggalkan kesan pada isi rumah yang ditinggalkan.
Jadilah tetamu yang penuh sentuhan ihsan. Bukan sekadar balik dan melepaskan
bebanan.
Dengar dan berbicara dengan orang tua. Mereka sangat mahu berkongsi dan bercerita kenangan silam. Ia terapi. Walaunya kisahnya diulang-ulang, Kita juga akan berada di tempat yang sama satu hari nanti jika umur panjang.

Kita juga kelak bakal tua dan
menikmati hari hari penghujung usia. Berikan sentuhan emosi yang terkesan.
Penuhi rasa empati, tidak lagi berkongsi kisah sedih, penat, kecewa, tetapi
penuhkan rasa sayang dengan pelukan dan sentuhan. Baki hari tua adalah masa
yang perlu diisi dengan sokongan adik beradik, ipar duai dengan berlumba lumba
memberi khidmat.
No comments:
Post a Comment