Kasih sayang
adalah kekuatan 1753
Teks dan foto: Masayu
Ahmad
Menjelang
petang, saya bertanyakan ayah sudah sedia untuk mandi, jadi beliau
mengiyakan. Saya panaskan air rebusan
serai wangi untuk mandian. Kemudian campur dengan air biasa. Usai kain basahan
dihulurkan ayah merasa rasa air. Sebagaimana
biasa saya mahu menjirus air, namun ayah dengan kudrat yang bersisa masih mahu
membuat sendiri. Selesai mandi tempat baring dikemaskan bertukar kain.
Kemudiannya telur yang sudah siap direbus, kupas kemudian sedikit kicap.
Bersuap
sehingga selesai, suku milo panas. Itulah hidangan malam yang diminta. Tidak
mahu yang lain.
“Ayah malam ini
saya balik, nanti esok kakak datang.” Sambil itu tangan rapat memohon maaf.
Peluk cium.
Berkali kali
memesan pada adik jangan sesekali tinggal ayah. Tidur di sebelah ayah.
Sepanjang memandu pulang air mata tidak henti jatuh bagai hujan. Emosi agak
cedera.
“Ibu, ibu
kenapa ibu menangis? Kenapa ibu sedih?” Tanya Ammar bertalu talu. Saya hanya
mendiamkan diri. Meneruskan perjalanan.
Perlu kembali ke rumah kerana di sana juga ada tanggungjawab yang perlu
dilunaskan. Namun fikiran masih tidak henti dari memikirkan keadaan ayah.
Semacam satu
perasaan tidak boleh terima bahawa ayah semakin uzur. Sakitnya yang datang
membuatkan hati dipagut pilu. Sakitnya, sakitnya ya Allah.
Ayah menahan
diri namun sesekali kedengaran. Saya hanya mengurut dan tidak tahu apa yang
boleh mengendurkan rasa sakit. Puas dipujuk.
“Kalau tak
boleh tahan marilah kita ke hospital.” Pujuk saya berulangkali.
Namun
sebagaimana biasa, menolak. Semoga Allah
memberikan kekuatan dan kesembuhan buat ayah. Dipermudahkan segala urusan.
Ramadhan kali ini ternyata berbeza sebelumnya. Jadual kembali bertukar 360
darjah. Bukan lagi tentang hidangan dan menu berbuka. Bukan lagi tentang
gemerlapan Syawal. Namun tentang tautan kasih sayang. Terima kasih ayah dan mek
memberikan tauladan yang baik. Kami akan menjaga sebaik baiknya sehingga hujung
nyawa dan walaupun sudah beralih alam. Insya Allah.
Ammar dan Amni
duduk di sebelah tilam tok ayah. Seakan watak yang sama ketika kecil. Ayah dan
mek menyantuni cek (datuk). Menjaga dan mengurus pada hari hari tua. Menjaga
dan menyantuni dengan belas ehsan dan kasih sayang.
Moganya Ammar
dan Amni juga dapat mengingati momen ini. Kasih sayang adalah kekuatan ia
bertalir arus dan sambung menyambung. Kasih sayang membawa rasa bahagia.
Sisi kehidupan
yang tentunya kita tahu setiap yang ada akan berakhir. Seumpama dalam satu
perjalanan yang jauh kita memerlukan stamina untuk sampai ke garis hujung.
Refleksi kehidupan juga begitu. Kita
tidak boleh mengandaikan semuanya akan berlaku dengan mudah. Setiap yang datang
kita anggap tidak ada masalah. Kita sendiri perlu bersedia dan muhasabah. Bersedia
untuk meningkatkan kapasiti keyakinan dan kekuatan.
Yakin bahawa kita mampu melepasi
halangan. Kuat dan tabah hati apabila berdepan cabaran tak terduga. Pilih untuk
bertenang dan pantul semula segala masalah.
Pilih untuk membahagiakan. Berserah
pada Allah agar diberi semangat luar biasa.
Semoga setiap hari adalah peluang
memberi khidmat tanpa balas.
Peluang meraih syukur. Peluang berkasih sayangg.
Apa yang datang adalah peluang
meningkatkan kematangan.
Ampuni kami ya Allah. Kasihani
ibu bapa kami. Permudahkanlah urusan ibu bapa kami.
Kasihanilah mereka sebagaimana
sewaktu kami kecil. Berikan pengakhiran yang baik kepada ke duanya ya Allah. Rahmati,
kasihanilah, ibu bapa kami. Jadikan kami anak anak yang bermanfaat.
Jadikan kami anak anak yang
ehsan.
Alhamdulillah.
Semoga dipermudahkan urusan kak mas sekeluarga. Semoga kesihatan ayah kak mas bertambah baik. Insya Allah.
ReplyDeleteTerima kasih hif, setia bersama kak mas di sini. Terima kasih atas doa.
ReplyDelete