1749
Persiapan awal
agar lebih tenang
Teks: Masayu
Ahmad
Kita berada di
awal ambang bulan Ramadhan, tentunya antara bulan bulan sibuk untuk para suri.
Sibuk dengan jadual masak untuk bulan puasa. Sibuk juga persiapan lebih awal
untuk kedatangan Syawal.
Bukan sebab
sibuk mahu beraya awal tetapi persediaan sangat penting terutama bagi mak mak
yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
Kalau seminggu
raya baru mahu cari persiapan maka memang penat dan terkapai kapai di
penghujung hari. Merancang lebih awal memudahkan dan lebih bertenang tenang
dalam sepanjang Ramadhan.
Selalunya kami
di sini gembira menyambut Ramadhan, rumah dibersihkan dan dihias cantik. Jika
boleh siap siaga dengan pakaian ibadah yang lebih selesa. Tentu sekali ia hanya
sebulan sepanjang tahun. Kemeriahan kami di sini tidak dinafikan.
Bagi saya mak
yang memiliki anak anak yang ramai berganda ganda persediaan emosi dan fizikal.
Layanan pada anak anak yang tidak berpuasa tentunya tidak sama layanan anak
anak yang berpuasa.
Emosi perlu
kekal bertenaga, anak anak kecil usia Ammar dan Amni tidak akan mengerti apa
apa kerana tentunya berpuasa bukan syarat buat mereka. Makan, minum masih
diteruskan. Arissa usia tujuh tahun saya kira paling mencabar. Kerana waktu
persekolahan biasa usia balik sekolah sangat letih. Suka menangis dan merengek
rengek apabila sudah berada di depan rumah. Letih, lapar dan cuaca panas.
Hakim, Arif dan Aiman tidak ada masalah kerana sudah biasa berpuasa sebulan.
Cuma kali ini mereka juga perlu tingkatkan ketahanan kerana cuaca sekarang agak
panas.
Berbalik kepada
persediaan awal. Saya masih teringat ketika mempunyai tiga terawal anak. Memang
berderet setiap tahun. Masih muda jadi selalunya tidak pandai lagi mengurus dan
merancang.
Ada satu ketika
ketika Hakim, Arif dan Aiman dalam lingkungan usia 5 tahun ke bawah. 2 minggu
sebelum raya kami mencari kelengkapan. Jadi bawa semua sekali. Aduhai aduhai
memang kelam kabut dibuatnya. Seorang lari sana seorang lari sini, seorang lagi
di dalam troli. Ketika baru mula membelek dan memilih, seorang sudah lapar
susu, seorang sudah berak. Jadi uruskan lagi. Baru mula semula jelajah, ada
pula yang menangis kelaparan. Sudahnya sudah separuh hari satu helai pun belum
dapat.
Hari yang lain
kami merancang lebih awal, semua anak anak dan en.suami berada di dalam kereta,
hanya saya keluar dan memilih dengan pantas. Usai selesai, suami membawa anak
anak masuk dan mencuba pakaian serentak. Jadi ia berjaya. Balik rumah badan
sudah keletihan untuk memasak. Masak yang ringkas sahaja.
Begitu pula
tahun berikutnya. Kami mengambil cuti khusus untuk membeli pada hari bukan cuti
umum atau cuti hujung minggu. Bawa contoh pakaian untuk ukuran. Ia lebih jimat
masa dan tenaga.
Tahun tahun
seterusnya ternyata ia lebih mudah dengan merancang, membeli, memilih dan
menjelajah. Jadi semua persiapan awal sebulan dan boleh bertenang tenang
menikmati Ramadhan. Emak kita dulu dulu sangat mudah, pakaian raya hanya
sepasang atau dua pasang sahaja. Kalau kini dengan tema warna dan juga berpasang
pasang untuk seorang anak, sungguh menjadikan ia lebih kompleks.
Pilih dan
rancang. Saya teringatkan seorang teman berkongsi bahawa persiapan untuk raya
memang banyak tetapi baju baju itulah akan digunakan sepanjang tahun. Alang
alang membeli beli pada harga murah dan jadikan ia sebagai rutin pada tempoh
yang sama setiap tahun. Pilihan yang paling jimat adalah beli ketika jualan
akhir tahun dan simpan siap siap. Ia bukan sebab kita sakan mahu beraya tetapi
kita sakan menyusun masa dengan lebih berkualiti. Bertenang tenang ketika bulan
Ramadhan adalah lebih baik berbanding bersesak sesak dalam keletihan.
No comments:
Post a Comment