Ramadhan kali
ini 1751
Teks: Masayu
Ahmad
Tidak ada beza
Ramadhan kali ini kerana rindu masih basah kepada yang tiada. Ketika menulis
artikel ini ayahanda berada dalam keadaan kurang sihat. Usai jam 8 pagi selepas
anak anak berbondong keluar rumah menadah ilmu, barulah saya berkesempatan
melihat skrin telefon. Rupanya mesej dari kakak memaklumkan berada di wad
kecemasan.
Usai menghantar
si bongsu kepada pengasuh laju saya ke hospital mencari di wad sebagaimana
biasa. Mesej masih tidak berjawab. Apabila yakin tiada di wad terus pulang ke
rumah. Apabila sampai segera bermohon kemaafan buat kakak yang selalu ada
bersama ayah. Walaupun kami mempunyai jadual giliran namun kakak banyak
mengalah dan berkorban. Terima kasih Mok Ni kerana selalu mengalah. Moga Allah
memberikan limpahan rahmat berterusan.
Lihat terbaring
ayahanda dikasihi semakin hari ditelan keuzuran. Panas air mata namun saya
perlu segera bangkit tidak mahu susah hati. Menemankan mandi kemudian menyiapkan
ayahanda agar berehat. Ternyata kesihatannya agak merudum kebelakangan ini.
Jadual kerja semuanya saya ubah semula. Tidak mahu kesibukan semasa menjadi
penghalang untuk menjaga sepenuh hati.
Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah tiada galang ganti.
Sebagaimana
kematian arwah mek (ibu) itulah keputusan hijrah paling tepat kerana saya mahu
pulang dan berkhidmat. Ramadhan kali ini juga kali kedua tidak ada wajah
kesayangan bapa dan ibu mertua. Semoga roh semua kesayangan kami dicucuri
rahmat.
Ramadhan kali
ini juga mengingatkan momen setahun lepas, tiga hari sebelum berpuasa saya
melahirkan anak ke enam.
Sepanjang setahun hamilkan Amni saya fokus untuk berehat dan
bertenang. Tiga hari sebelum 1 Ramadhan bersamaan 3.6.2016 Amni lahir. Maka
bersambunglah berehat sepanjang bulan puasa.
Cukup 6 kelahiran saya dapat merasakan momentum agak tersasar.
Kemudian perlahan saya mula atus dan susun semula jadual harian. Kali ini
respon kepada keadaan fleksibel agar saya mampu menangani apa sahaja urusan
dengan baik.
Ada perkara saya boleh pejam mata saya pejam mata. Ada perkara
saya boleh urus saya lakukan satu persatu. Ya, kita adalah apa yang kita
fikirkan. Kadangkala ada banyak perkara yang mahu dicapai serentak tetapi perlu
akur dengan keadaaan. Fokus perkara yang berada dalam kawalan, sementara
perkara yang lain berdikit dikit ubahsuai dengan kemampuan.
Suasana tahun ini sangat berbeza namun kehadiran Ramadhan
tetap meninggalkan kesan. Apakan tidak biasanya dapat bergilir dengan kakak
pulang ke rumah ayah untuk memasak dan berbuka bersama.
Kita terkenang-kenang pada yang tidak ada. Namun pada kalian dan saya sendiri jika masih ada orang tua pastinya menggunakan masa yang ada untuk berkhidmat.
Berpantang sendiri
Berpantang kali ke enam sangat jauh berbeza, tidak ada yang tolong masakkan lauk pantang, rebus air teresak untuk mandian pantang. Hanya ada suami yang sepenuhnya membantu dan mengurus saya dan anak-anak.
Alhamdulillah juga si kecil sangat mudah dijaga. Dua malam pertama selepas kelahiran kami dipisahkan wad, jadi saya guna kesempatan tersebut untuk berehat sahaja. Malam ke tiga baru tidur bersama bayi. Ajaibnya kan perasaan, dahulu si kecil ini dibawa di dalam perut. Sekarang ditenung dipandang sudah ada di sisi.
Amni, bermaksud ketenangan dan kesejahteraan. Moga solehah berbakti kepada orang tua, agama dan bangsa. Amni sangat mudah diurus dan saya sangat senang memandangkan tidak rumit. Kadangkala teringat juga dahulu berpantang arwah mek berpagi merebus air mandian, kemudian nasi ikan bakar berulamkan kunyit muda dan lada hitam.
Al-Fatihah.
Tidak salah mengenang kenangan, moga roh arwah mek, mertua dan bapa mertua sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan beriman. Semoga kami diberi kekuatan luar biasa untuk menjaga dan memberi khidmat buat ayahanda dengan penuh kasih sayang

Alhamdulillah,
Ramadhan merapatkan ukhwah dan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment