Belajar
melalui pemerhatian-1755
Teks:
Masayu Ahmad
wwww.masayuahmad.com
Saya
memang tidak sempat berkhidmat untuk arwah mek, hanya sempat memandikan,
mengafankan dan menemani hingga jenazah ke liang lahad. Tekad lepas kematian,
kami suami isteri mahu pulang ke kampung halaman.
Lima
tahun selepas pulang berhijrah, kami sepenuhnya menjaga arwah ma.
Arwah
seorang penghidap buah pinggang kronik selama 11 tahun.
Tiga
kali seminggu perlu rawatan dialisis. Dari jam 9 pagi pulang jam 3 petang.
Keesokannya akan rebah dan demam. Namun kekuatan dan semangatnya itulah
membuatkan beliau umur panjang.
"Sampai
bilo keno cuci (rawatan dialysis) ni ma."
"Sampai
habis nyawa."
Ayat
ini saya ingat dan selalu bermain di kotak fikiran. Ma tidak makan ikan.
Lauknya hanya ikan bilis, telur. daging. Jika mahu masak ayam perlu dimasukkan
asam jawa.
Kegemarannya
kerabu perut dan gulai daging yang dimasukkan terung. Nasi kerabu daging bakar paling
disukai.
Setiap
pagi saya bertanya dahulu.
"Ma
nok makan apa hari ini?
Itulah
rutin.
Dua
tahun kebelakangan terakhir kesihatan semakin kurang konsisten. Ma tidak lagi
memasak.
Juga
pasar pagi setiap Jumaat sejak tiga tahun sudah tidak lagi menjadi rutin ma.
Jam
3 pagi. Ma ke bilik air sebelum rebah dia sempat menyebut Allah, Allah, Allah,
Saya
sempat sambut dan ma rebah di pangkuan. Peluh menitik di dahi, ma sudah
kebiruan.
Khidmat akhir saya memandikan dan mengafankan ma bersama kakak
ipar dan biras yang lain. Ciuman di pipi ma, kain putih menutup wajah ma yang
tersenyum manis sebagai ucapan selamat tinggal. Saya bangga telekuang sulam
hadiah hari raya tahun sudah membalut tubuh ma sebelum dikafankan sepenuhnya.
Itulah kenangan terpahat kerana setiap kalia Aidilfitri saya akan menghadiahkan
telekung solat sulam Keranda diusung keluar dan air mata ini tidak menahan dari
terus mengalir. Ma sudah pergi meninggalkan kami.
Terima kasih ma, kerana memberi peluang untuk saya berkhidmat.
Ma,
mertua idola tidak ada galang ganti. Kuat semangat dan tidak pernah berputus
asa.
Banyak
yang saya belajar melalui arwah ma, seorang isteri tradisional teladan. Ia
sangat berbeza dengan saya pernah bekerjaya dan hidup berkeluarga di bandar.
Jangan
membazir dan memasak dari hati. Selalu apabila saya tersalah, beliau tidak
menegur terus tetapi saya perhati dan perlu cepat faham. Apabila sesuatu yang
mengembirakan beliau terus memuji. Masakan ini si anu yang buat, yang ini si
anu yang siapkan.
Orang
tua caranya berkias dan kita perlu cepat belajar dan faham. Sudah tentu juga
dalam soal menguruskan rumahtangga. Saya tidak boleh bermalas malas sebagaimana
ketika hanya berada dalam lingkungan saya suami dan anak anak sahaja. Perlu
cepat serap cara orang lama.
Soal
masakan juga, saya tidak boleh lagi ambil mudah. Mertua resipinya lain, bapa
mertua pula suka akan masakan yang masam seperti kerabu, sup tulang dan patin
masak tempoyak. Anak anak suka masakan beliau ayam masak pedas.
“Mok
buat sedap, ibu buat tak sedap/” Begitulah anak anak apabila mengadu dan makan
bertambah tambah. Anak anak belajar menikmati hidangan kasih sayang. Ia hamper setiap
hari ketika ma sihat. Namun beberapa tahun terakhir sahaja saya tidak benarkan
beliau memasak. Banyak masakannya saya belajar, cara penyediaan asas. Orang tua
walaupun menu adalah sama namun kesedapannya berbeza. Kerana memasak dengan
zikir, keikhlasan dan kasih sayang. Saya sangat perasan apabila saya kepenatan,
masakan tidak akan sedap.
Saya pun sama, bila masak dalam keadaan penat, kalut atau terkejar-kejar mesti tak sedap jadinya. Anak pun makan sikit saja. Sedihnyaaaa
ReplyDelete