Kisah kasih sayang-
1756
Teks: Masayu
Ahmad
“Ibu berikan
abang motivasi.” Setiap kali putus asa begitulah ayat Hakim.
“Abang hebat,
telah berusaha jauh. Jadi apabila penat rehatlah kemudian sambung lagi
berjuang. Jangan pernah ada putus asa dalam usaha. Kejayaan sebenar adalah
apabila kita boleh bangkit setiap hari melawan rasa malas dan keluar segera
dari zon selesa.”
Sebagai ibu
kata kata semangat yang tidak pernah putus dilafazkan.
Ada banyak
peningkatan dan perubahan sejak akhir akhir ini. Sama ada dalam pelajaran dan
juga tingkahlaku. Abang sudah mahu memasuki alam remaja, jadi masanya belajar
mengurus diri dan berdikari. Sambil mengurus pakaian kotor saya menemani
anakanda yang sulung hakim belajar membasuh pakaian.
Cubaannya sudah
beberapa kali. Jadi Alhamdulillah sudah boleh membasuh dan menyidai pakaian.
Mengurus sendiri pakaian tanpa perlu disuruh.
Apabila melihat
anak di depan mata dulunya kecil kini semakin membesar, masya Allah rupanya
sungguh pantas masa berlalu. Anakanda semakin membesar dan tidak lama lagi
mungkin akan berhijrah dan mengembara menimba ilmu.
Sebagai ibu
tentunya sedikit gusar namun sentiasa tawakkal dan doa yang tidak putus buat
anak anak. Anak sulung tentunya adalah model dan contoh buat adik adik.
Jangan sesekali
mengambil hak orang lain. Jangan berhutang waima sepuluh sen. Jangan tunjukkan
kesusahan pada orang lain. Jangan meminta minta. Belajar untuk urus masalah
sendiri.
Pesanan demi
pesanan. Setiap hari dan apabila ada luang masa.
“Sudah lama
abang tidak nampak ibu sibuk dengan telefon.” Tegur Hakim pada suatu hari.
Itulah kejayaan
besar buat saya, apabila berjaya menyusun jadual kesibukan. Tidak mahu
kesibukan dan menampakkan gajet ada di tangan apabila berada di sekitar anak
anak. Azam sejak awal tahun baru 2017 berdikit dikit saya usir kesibukan
bersama gajet. Memandangkan urusan saya juga banyak juga memerlukan online
secara terus menerus. Awal pagi saya mengubah semula rutin penggunaan sebelum
anak anak bangun. Apabil selesai mereka sudah bangun dan boleh fokus sepenuhnya
kepada anak anak.
Memandangkan
Amni dan Ammar masih kecil dan anak anak sekolah seperti Arissa, Aiman, Arif
dan Aiman. Mereka memerlukan saya hampir setiap waktu.
Urusan sekolah pagi dan petang, usai sampai di
rumah mereka mencari cari di dapur. Itulah keredaan paling nyata kesibukan
apabila mereka dapat menikmati air tangan. Menu pagi, usai balik sekolah dan
selepas mengaji al quran pada waktu malam.
Masa makan
adalah paling istimewa kerana semua dapat berkumpul dan menikmati hidangan.
Apabil seorang lambat turun makan, selalunya saya akan pastikan semua ada baru
makan.
“Bukan selalu
kalian akan dapat makan bersama sama. Apabila besar kelak kalian sukar untuk
berjumpa dan makan bersama setiap hari. Jadi masa inilah masa yang paling akan
kalian ingat apabila dewasa kelak.” nasihat suami pada anak anak.
“Lihat ayah
sekarang bukan setiap hari dapat berjumpa adik beradik dan makan bersama.”
Kebersamaan dan
bersatu adik beradik adalah satu usaha menerapakan nilai nilai moral sejak dari
kecil. Bergaduh dan menangis itulah biasa, namun luar biasa apabila bergaduh
dan berpecah apabila dewasa kelak. Kasih sayang tidak pernah akan padam selagi
mana ia disiram berterusan sehingga akhir ayat. Bukan saya semata, tentunya
kalian juga ibu ibu yang mengharapkan tautan kasih sayang anak anak sehingga ke
hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment