Teks: Masayu Ahmad
Sejak beberapa bulan
ini begitu banyak berita tentang kematian di kalangan sahabat wanita.
Kebanyakan disebabkan kanser. Beberapa tahun dahulu saya pernah mempunyai seorang
rakan kenalan penulis. Beliau sering berhubung melalui laman sosial. Pada
penghujung hayat beliau berkongsi bahawa disahkan kanser. Ternyata ia satu
perjuangan baru. Dan berakhir dengan kematian.
Beberapa bulan lepas
saya dihubungi lagi seorang sahabat menceritakan beliau juga disahkan kanser.
Kemudian deretan kematian demi kematian kerana kanser.
Kita tidak tahu di mana
pengakhiran dan bila, namun persediaan itu perlu. Bagi pesakit kanser sudah
tentu mereka berpeluang awal kerana sudah diberi isyarat akan dijemput pulang.
Apa persediaan kita?
Dalam menguruskan kerjaya, rumah tangga, anak-anak dan juga bisnes tidak dapat
tidak kita kadangkala sangat sibuk. Sibuk sehingga terlupa semuanya akan ada
pengakhiran.
Bertuahlah pada mereka
yang sentiasa bersiap sedia dalam keadaaan mahu menemui Tuhan. Siap sedia iaitu
melepaskan apa yang diburu dengan tenang. Iaitu tidak lagi berlumba lumba
mencari harta dan kesibukan. Tetapi keseimbangan dunia dan akhirat.
Pada suri yang sepenuh
masa, tidak ada hutang, mempunyai simpanan hari tua sudah tentunya kehidupan
lebih teratur. Usai anak anak membesar masanya seimbangkan dengan hari hari
dengan lebih bermakna.
Pencen muda juga salah
satu pilihan gaya hidup, iaitu kita mempunyai sasaran yang jelas bila mahu
berhenti bekerja. Atau juga pencen dalam hal segala kesibukan yang memenatkan.
Fokus kepada kehidupan atau persediaan menghadapi kematian.
Ia bukan semata mata
kita zuhud menolak kebendaan dan keduniaan, tetapi saya satu cara kita menyusun
matlamat dengan jelas dan realistik. Jadi kia tidak terawang awang dengan hanya
mengikuti sahaja kesudahan cerita sendiri dengan kematian tiba tiba.
Kerana kematian tidak
mengira usia dan waktu. Ada seorang kenalan yang dulu sangat sibuk pergi kerja
subuh hari pulang dengan keadaan letih, menempuhi kesesakan jalanraya dan padat
dengan hidup yang melemaskan. Kemudian beliau berdoa agar dipermudahkan untuk
hidup dengan dunia kebajikan dan sederhana. Beliau kini digelar ‘posmen’
menyampaikan sedekah rakan rakan kepada asnaf yang tinggal diceruk kampung.
Bukan sekadar itu kehidupan yang sederhana, dikelilingan sahabat sahabat
sealiran dan suasana kebajikan setiap hari yang mendamaikan. Tidak ada lagi
hiruk pikuk kenderaan, kesempitan masa dan suasana terkejar kejar.
Kita bukan sekadar
bermatlamat belajar sehingga universiti, kemudian bekerja, berkahwin, mempunyai
anak, membesarkan empayar bisnes. Tetapi boleh tetapkan satu lagi matlamat baru
mahu kesudahan yang baik menemui Tuhan dalam keadaan bersedia. Tentunya pencen
muda dengan membuat persiapan di sini dan juga untuk di sana. Persiapan dalam
bentuk kewangan, pelaburan, kehidupan berkeluarga dan juga kebajikan. Semoga
lebih ramai para suri sedar akan matlamat untuk diri sendiri bukan sekadar
meraih dan mencari rezeki setiap hari. Tetapi mencari satu posisi di mana kita
apabila usia sudah menginjak 30 an, 40 an, 50 an dan 60 an. Sebagaimana kata arwah
mertua usian 70 an adalah masa kecemasan yang diberikan Tuhan. Moga kita
sentiasa bersedia dan berada dalam kasih sayang Allah sentiasa. Lahir ke dunia
dan sentiasa bersedia dijemput Maha Esa dalam bila bila masa sahaja.
No comments:
Post a Comment