Friday, July 28, 2017

Hidup berkasih sayang

Apabila berdamping ayah bonda simpan kemas kemas segala hal kehidupan negatif. Simpan rapat rapat, jangan satu pun terpelanting keluar.
Rai mereka selagi daya. Berjuang, berlari, berebut memberi khidmat.
Berilah senyuman dan ampun maaf setiap kali jumpa.
Asam pedas ikan geruk, ikan parang goreng, jelatah nanas.
Nasib baik adik ipar sudah siapkan. Sama macam resepi arwah mek.
Ayah gembira sangat hari ini.
Esok sehingha Ahad kakak pula yang mengambil giliran. Begitulah seterusnya kami bergilir memasak.
Orang tua mahu menunya.
Asam pedas, sayur lemak, gulai ikan kering nanas itulah menu kegemaran. Sotong segar rebus letak serai, bawang dan gula merah ini juga paling gemari.
Kalau arwah mertua dahulu selalunya sup tulang, kerabu perut dan patin masak tempoyak.
Menu yang mengingatkan kelak. Lakaran kenangan yang sentiasa dikenang kenang.
Kita hidup tumpang menumpang dan berkasih sayang.

No comments:

Post a Comment