Teks: Masayu Ahmad
Latih anak berdikari
1761
Cuaca pagi sangat
nyaman sewaktu menulis artikel ini. Jam sudah tujuh pagi. Anak anak sudah pun
dijemput Pok Sid. Tinggal hanya Ammar dan Amni yang masih berselimut nyenyak.
Udara sejuk, semalam hujan meninggalkan rintik halus pada dedaun.
Sudah memasuki suku ke
tiga untuk tahun 2017. Hakim anak yang sulung bakal menduduki peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Gundahnya hati si ibu semoga anak mendapat
kecemerlangan dunia dan akhirat. Sukarnya anak anak sekarang silibus pendidikan
semakin mencabar. Kita dahulu masih bergembira walaupun tahun peperiksaan.
Belajar kerana ilmu
belajar kerana Allah bukan kerana persaingan dan kerana mahu nombor satu di
atas. Pesanan berkali kali.
Arissa yang berada
tahun satu kini sudahpun lebih berdikari. Sangat berbeza pada awal awal bulan
persekolahan. Hari pertama menangis seolah tidak pernah bersekolah. Hilang dari
kelas gempar satu sekolah. Hingga kan tukang kebun mencari saya di rumah kerana
tidak dapat menjejak Arissa.
Buku persekolahan abang
Arif yang bantu menyusun setiap hari. Hanya bermula Jun maksudnya pertengahan
tahun barulah Arissa sudah boleh menyusun sendiri mengikut jadual.
Sekiranya Pok Sid dating
Arissa belum bersiap, maka si ayah yang akan menghantar ke sekolah. Perlu
berhemah dan berlembut dengannya. Jika tidak rengekannya akan bermula dan
berpanjangan. Ibu perlu lari meninggalkan jejak dan ayah akan mengambil peranan
memujuk. Itulah anak, kalau dengan ibu makin menjadi jadi rajuknya.
Di sekolah agak pendiam
maklum guru sekolah. Tidak banyak kerenah, tetapi selalu rakan rakan pula ambil
kesempatan.
“Ibu Alia ambil kotak
pensel.”
“Ibu Wafa ambil duit
saya.”
Lalu saya mengarahkan
mana mana abang ke kelas adik menasihati kawan kawan Arissa. Duit, bekal,
pensel selalu sahaja diambil kawan.
Kalau duit Arissa
sedekah sahaja kalau betul kawan tidak berduit, tetapi kebanyakan masa ambil
kerana mahu ada wang lebih. Arissa selamat dan bernasib baik kerana ada tiga
abang di sekolah. Itulah pembantu pembantu ibu agar menjaga adik.
Tetapi kadangkala
dibuli juga adiknya. Terutama Aiman suka mengarah ngarah. Arissa agak takut
dengan Aiman. Sehingga satu hari beliau menangis dan bangun melawan. Jadi
sekarang sudah berani. Agak mengambil masa juga untuk keluarkan keberanian dan
sifat berdikari. Namun saya selalu mendampingi anak kecil ini.
“Anak perempuan ibu
sudah besar, sudah pandai berdikari, sudah pandai buat kerja rumah.”
Itulah selalu
dilontarkan sambil memeluk.
“Ibu, Arissa seperti
pemaisuri pinggan makan sebiji pun tidak mahu basuh.”
Luahan hati Arif
kadangkala Aiman atau Hakim. Tetapi sekarang sudah pandai. Anak perempuan
mengambil masa.
Saya lebih banyak
memberikan kerja rumah kepada anak anak lelaki. Menyidai pakaian, basuh tandas,
mengemas rumah. Anak lelakilah yang banyak perlu tahu dan faham apa
tanggungjawab. Waima anak perempuan juga perlu belajar perkara tersebut.
Mungkin mak mak kita
surirumah tradisional dulu dulu caranya berbeza. Anak perempuan basuh pakaian,
kemas rumah, anak perempuan itu dan ini. Adat dan cara dulu mungkin juga kerana
tidak banyak pendedahan tentang ilmu, tanggungjawab kerana ia dibawa didikan
turun temurun.
Jadi surirumah moden
seperti kita hari ini perlu mengubah semula cara ini. Agar memberi pendedahan awal pada anak anak lelaki
akan tanggungjawab dan amanah. Anak anak lelaki biar tahu apa itu berdikari,
tanggungjawab. Kerana kelak anak lelaki inilah yang bakal memimpin anak
perempuan orang lain. Kita mulakan ia dari rumah sendiri. Semoga juga anak
perempuan kita juga dipimpin lelaki yang bertanggungjawab dan amanah.
No comments:
Post a Comment