Teks: Masayu Ahmad
Pesan buat anak. 1759
“Ibu saya penat.”
Bertalu talu keluar dari
mulut Aiman apabila selesai sesi persekolahan. Anak anak sekarang tidak sama
seperti kita dahulu. Apabila pulang sekolah sangat seronok bermain sampai puas.
Pulang ke rumah sebelum senja. Bebas ke sana ke sini.
Anak anak kini
bersambung hingga petang. Malam hari pula bersambung lagi dengan tuisyen atau
sesi mengaji quran. Mahu atau tidak kita perlu terima perubahan masa dan
sesuaikan dengan keperluan diri dan keluarga. Jati diri perlu diperteguhkan.
Bukan sekadar anak anak malah ibu bapa juga pendorong setiap masa.
Keletihan dan kesukaran
adalah dua perkataan yang kadangkala ibu perlu member kata kata semangat.
Apabila anak anak menunjukkan reaksi
kurang gembira apabila belajar subjek yang kelihatan susah untuk difahami. Membelek
silibus untuk anak anak juga ibu sedar akan realiti mereka. Tetapi saya ubah
agar mereka gembira ke sekolah. Awal pagi adalah permulaan untuk bertenang.
Menikmati bersarapan berjemaah dan bersama sama ke sekolah. Rutin pagi kelihatan
agak kritikal namun ia perlu bermula dengan suasana yang tenang. Emosi mereka
berada dalam keadaan bersedia apabila berada di sekolah.
Sentiasa
bersedia dalam susah dan senang. Pesanan demi pesanan. Sembunyikan kesukaran,
kesusahan apa sahaja. Tampilkan sabar, usaha dan buat yang terbaik. Jangan
bersedih apabila tidak ada, kita ada Allah doa dan usaha. Kalau kelihatan sukar
usaha lagi sehingga berjaya. Jangan merintih dan mengeluh dan tidak sesekali
pamerkan kesusahan di depan orang lain. Kerana kita tidak tahu mungkin orang
lain lebih susah dan menderita.
“Apa ibu pesan?”
“Jangan berhutang,
simpan duit, sembunyikan kesusahan.” Jawab Arif.
Ini juga pesanan utama agar anak anak belajar
asas mengurus kewangan seawal yang boleh.
Pesanan dan ulangan
setiap kali. Kelihatan sungguh mudah namun usaha dari seawal usia anak yang
boleh. Berkali kali pesanan itu diulang. Agar anak anak faham.
Berapa ramai kita hari
ini apabila keluar belajar sudah pun ada bebanan berpuluh ribu hutang belajar.
Kemudian bersambung hutang kehidupan yang lain. Hutang kereta, hutang rumah dan
pelbagai hutang lagi untuk menampung kos kehidupan. Kos gaya hidup. Keluar dari
zon trend kehidupan. Pilih untuk kehidupan yang lebih tenang dan membahagiakan.
Hidup tanpa hutang,
iaitu sangat penting permulaan dari awal. Sikap dan tabiat. Membeli hanya
apabila ada wang. Tahan keinginan. Bayar apabila mampu tanpa berhutang.
Ada pendapat kalau
tidak berhutang jadi tidak akan merasa rumah sendiri. Banyak sekali yang perlu
diperbetulkan semula. Ia bermula dari rumah. Menanam tabiat dan sikap tentang
pengurusan kewangan.
“Jangan ambil duit
orang, jangan berhutang dan jangan meminjam.”
Berikutan insiden
berkali kali anak anak memberi tahu duit mereka diambil atau dipinjam rakan
rakan. Jadi sebagai ibu, perlu perbetulkan semula. Harapan agar anak anak faham
tentang bahaya hutang dan pinjaman.
Waima mahu mendapatkan
sesuatu barang juga perlu usaha. Simpan dari sumber duit poket diberikan ayah.
“Ibu saya sudah bayar
yuran sekolah.” Beritahu Arif.
Hanya Hakim sahaja yang
belum berbayar. Bukan sebab ibu tidak mampu tetapi sebenarnya latihan untuk
anak anak merasa bagaimana perlunya usaha. Dari wang saku, perlu simpan. Jika
apa apa keperluan ambil dari simpanan. Dari simpanan itu juga untuk membuat
bayaran fotostat dan membeli alat tulis yang diiginkan.
Arif sangat cepat
belajar. Hakim agak boros, selalunya juga ibu perlu ulang semula apa yang tidak
faham. Ayah cukup tegas akan hal ini.
Sesekali peruntukkan
untuk hari istimewa, sempena kejayaan peperiksaan pertengahan atau akhir tahun.
Ibu akan bawakan anak anak ke kedai buku. Pilih alat tulis idaman dan juga buku
bacaan sebagai ganjaran atas usaha. Ia lebih mengembirakan apabila merai
kejayaan disiplin kecil. Moganya ia terus menjadi asuhan sehingga mereka besar
kelak. Doa dan harapan agar anak anak sentiasa ingat pesan ibu.
No comments:
Post a Comment