Teks: Masayu Ahmad
Kita ingat balik ketika
masa kecil kebanyakan masa kita membesar dan ruang masa bersama emak, ibu,
mama, umi. Awal pagi sarapan dibekalkan, balik sekolah meluru masuk ke dapur.
Usai petang pelbagai menu pengat, bubur dan pelbagai masakan manis. Itulah yang
menjadikan kita teringat ingat.
Roti kukus gebu dan
roti goreng antara menu paling saya suka. Wangian menebar selera apabila siap
dimasak.
Lalu apa pula hidangan
kegembiraan yang kini kita sediakan buat anak anak. Adakah ia melekat sama. Setiap
orang dari kita menyanjung tinggi dan meletakkan masakan emak masing masing
sebagai nombor satu dan terbaik.
Adakalanya dalam
kesibukan masakan segera dan juga makanan sejuk beku kini sudah mengambil
tempat. Lantaran kesibukan memburu masa, kerjaya, berniaga ibu ibu kini
terhimpit sama untuk menyediakn masakan namun tidak punya masa.
Tanyalah sesiapa pun tetap mahu ibu yang
masakkan. Ada juga bagi yang sudah penat seharian bekerja, hanya singgah dan
terus makan sahaja di kedai makan. Apabila pulang terus sahaja menguruskan
rutin yang lain. Bukan sekadar si ibu, anak anak juga berwajah kelihatn saban
hari. Kepenatan dengan rutin yang semakin kompleks. Lalu, apa saranan terbaik?
Maka, sangat beruntung
ibu ibu yang kembali berada di rumah, berniaga dan punya masa fleksibel. Saya
sendiri, kadangkala terbabas juga walaupun ada kelebihan untuk memasak setiap
hari di rumah. Kadangkala terbabas juga sarapan pagi anak anak. Namun masih
kekal untuk memasak setiap hari.
Saya melihat juga
padanan contoh di depan mata. Ayah apabila membawa pulang ikan ikan segar untuk
dimasak. Arwah bapa mertua juga begitu, rutin 3 kali seminggu ke kedai basah.
Menyediakan bahan, barang barang keperluan untuk memasak. Ia menjadikan rutin
memasak menjadi mudah dan mengembirakan isteri untuk memasak.
Bukan sekadar memasak,
saya masih ingat pesanan ayah yang ini.
“Apabila memasak, sama
juga seperti menyediakan hidangan. Sediakan yang terbaik agar seronok untuk
menjamu hidangan.”
Maksudnya ketika
menghidang juga perlu seninya agar ia menarik sama untuk makan dengan lebih
selera. Nampak ia mudah namun ia memberikan satu lagi sisi pembelajaran buat
saya.
“Kenapa tak sedap ibu
masak sambal seperti mok masak?”
Ayat terpantul apabila
Aiman merasakan masakan saya kurang sedap seperti nenek mereka. Kadangkala
apabila memasak tidak dengan perasaan, makanan itu sendiri tidak sedap. Itu
sebabnya masakan penuh kasih sayang, kita bersedia memasak dan meletakkan emosi
gembira ketika penyediaan.
Bukan sekadar
melunaskan tanggungjawab menyediakan hidangan buat keluarga. Ia adalah satu
proses pembelajaran jangka panjang. Sebagaimana kita melihat ibu bapa kita
dahulu, begitulah juga anak anak memerhati. Air tangan yang melekat membuatkan
anak anak teringat dan mahu lagi dan lagi. Kasih sayang yang dialirkan agar
anak anak belajar proses menyediakan, adab ketika memasak dan juga menguruskan
ruang dapur sejak dari kecil. Bukan sekadar menikmati malah menghargai dengan
usaha kecil membasuh pinggan dan juga mengemas meja makan. Ia adalah gabungan
kasih sayang dan juga peranan ibu mendidik anak anak bermula dari ruang dapur.
Bukan sekadar lapar, makan dan tinggalkan. Usaha kita hari ini waima dalam
kepenatan agar anak anak lelaki mahupun anak anak perempuan dapat asuhan murni
bermula di rumah. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment