Tuesday, January 24, 2017

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Inspirasi Bekerja Di Rumah
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah
Seakan ada auranya di situ. Seakan ada jiwa dalam setiap bait-bait dialognya. Dan sebab itu ia berjudul "inspirasi". 

Memaparkan kisah-kisah jatuh bangun seorang usahawan wanita yang bergelar ibu dan isteri, walau hanya duduk di rumah. Atas desakkan tertentu, wanita-wanita ini berhenti kerja makan gaji dan menumpu perhatian pada tugasan rumahtangga. Dan atas sebab tertentu juga, mereka ini ingin mempunyai empayar sendiri, duit poket sendiri serta membantu ekonomi rumahtangga. Pelbagai episod kekecewaan yang mereka tempuhi. Namun, mereka bangkit demi keluarga.

Hati seorang suri.
Terhimpit dengan permasalahan ekonomi, anak-anak dan tekanan di tempat kerja, seorang suri tidak lagi betah menahannya. Almaklum, hidup di kota besar ni, keluar sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Anak-anak membesar tanpa disedari progresnya bagaimana. Segalanya diserahkan bulat-bulat pada pengasuh. Belom termasuk kes penderaan di tempat pengasuh, kos pengasuh juga tinggi mengikut peredaran ekonomi.

Itu kalau yang bekerja makan gaji. Kalau nak surirumah sepenuh masa, macam mana? Kita pun nak wang poket kan? Nak minta selalu, macam tak best gitu. Dan ada sesetengahnya, kesempitan wang. Suami seorang sahaja bekerja, mana mampu nak tanggung segalanya.

Hati suri ini makin tersepit, makin memberontak untuk mencari pendapatan tambahan tetapi dalam skop kerja "di rumah".

Di sini inspirasi diperlukan.
Membuka minda sedar dan separa sedar tentang kerjaya di rumah, yakni bekerja di rumah.
Memperjelaskan tentang "modal". Apa itu modal? Adakah duit semata? TIDAK!

Anda pandai memasak? Menjahit? Mengajar? Kalau YA, itulah modal utama anda. Anda tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk memulakan. Dengan pulangan dari hasil jualan, anda gunakan untuk menambah produk anda.

Pandai mengajar, anda buat kelas tuisyen. Mahir menjahit? Anda war-warkan anda mengambil upah menjahit.

Inspirasi membuka minda kita berfikir di luar kotak. Inspirasi ini berkongsi bagaimana cara untuk menguruskan masa antara kerja-kerja rumah dan kerja kerjaya kita.
Perkongsian insan-insan hebat ini, membuka minda saya yang selama ini tidur. Perkara yang saya tahu tapi saya tak buat dan tangguh untuk melakukannya.

Saya sarankan wanita-wanita diluar sana, milikilah ebook "Inspirasi Bekerja Di Rumah", lihat kejayaan mereka dalam kerjaya surirumah dan kerjaya sebagai usahawan. Bak kata surirumah berjaya menjana pendapat hanya dengan bekerja di rumah," rumahku pejabatku".
http://mazianazainalabidin.blogspot.my/2017/01/inspirasi-bekerja-di-rumah.html

Sunday, January 15, 2017

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Ebook Inspirasi Bekerja dari Rumah

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

https://reenrinaharyati.blogspot.my/2017/01/ebook-inspirasi-bekerja-dari-rumah.html

Bila diperkenalkan dengan Ebook Inspirasi Bekerja dari Rumah ni membuatkan saya kagum dengan kehebatan wanita-wanita di luar sana.. Terutamanya yang bermula sebagai seorang suri rumah, berusaha mencari modal sendiri tanpa membebankan suami dan akhirnya dapat menghasilkan satu bisnes yang mampu membantu ekonomi keluarga. Sangat hebat pengalaman mereka dan wajar sekali mereka menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana.

Membaca pengalaman 9 wanita hebat di dalam ebook ini memberi saya gambaran terperinci setiap langkah yang mereka ambil dalam usaha membangunkan bisnes masing-masing. Pengalaman pahit manis mereka sepanjang perjalanan perniagaan boleh dijadikan panduaan dan motivasi untuk terus kekal dengan aura positif walaupun ada halangan mendatang.

Kesemua wanita-wanita ini datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang telah sedia ada kerjaya professional dan ada yang memang sedari awal merupakan seorang suri rumah. Apa pun pekerjaan mereka ketika itu tidak begitu penting , ternyata semangat dan minat yang menjadi pemangkin dan pembakar kejayaan mereka.

Dalam ebook ini juga kita akan didedahkan dengan strategi dan langkah demi langkah yang mereka ambil dalam usaha untuk menempa kejayaan seperti sekarang. Bagaimana mereka bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum terjun dalam bidang perniagaan. Apa strategi yang mereka gunakan dan adakah strategi yang mereka gunakan itu berjaya? Atau mungkin mereka perlu mencari strategi baru yang lebih sesuai dengan situasi ketika itu?

Ada juga yang bermula sekadar suka-suka yang akhirnya terpaksa berjaya. Pelbagai pengalaman usahawan yang dikongsikan dalam ebook ini . Di antaranya ialah usahawan peniaga jalanan, usahawan buku islamik, usahawan kulit tart, usahawan pusat tuisyen, usahawan perunding hartanah, usahawan perniagaan bazar, usahawan produk kraf dan jahitan, usahawan tudung online dan yang terakhir usahawan kiosk tudung.

Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah mengenai seorang usahawan yang sudah punya kerja tetap, tapi masih terus bersemangat berbisnes di sebelah malam sehingga pukul 3 pagi dan keesokan harinya terus sambung bekerja seperi biasa. Allah, semangat yang sangat hebat. Ada juga usahawan yang berbisnes dengan niat membantu masyarakat sekeliling. Tak kurang juga yang bermula dengan niat untuk mencari pendapatan yang halal, disamping dekat dengan keluarga tapi secara tak langsung bisnes yang beliau lakukan memberi peluang pada beliau untuk menjana saham akhirat. Dan beliau sendiri melakukan beberapa special projek dengan niat menginfaqkan usaha dan tenaga untuk keperluan masyarakat. Subhanallah, sangat terinspirasi selepas membaca kisah mereka.

"Saya telah mendapat teguran berkenaan pakaian saya digantung terlalu rendah menyebabkan orang di pasar tidak nampak dan kurang menonjol di mata mereka".

"Setelah pemergian anak saya akibat kanser dan mengandung anak kedua, saya berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dari rumah. Dari situ timbulnya idea untuk memasarkan buku Islamik kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris"
"Bilik yang dikhaskan untuk bakeri saya tidak dapat menampung barang yang semakin bertambah. Ruang tamu saya dipenuhi dengan tepung dan oven-oven".

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, disebalik kejayaan kesemua wanita ini, terdapat sokongan dari keluarga yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka. Dan persamaan kesemua mereka ialah, mereka sentiasa mencari waktu dan mencari jalan untuk pastikan mereka punya banyak masa untuk bersama keluarga di samping meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

Diharapkan ebook ini mampu memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana untuk terus bersemangat memulakan bisnes mereka mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Saya pasti ada kehidupan yang akan berubah selepas membaca ebook ini. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Wednesday, January 11, 2017