Teks:
Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
Tidak lama lagi bulan puasa akan kunjung tiba, sudah semestinya
kemeriahan bulan puasa kini tidak sama ketika masa kanak-kanak. Bermula sahur
sehinggalah tamat tarawih. Makanan, suasana, kemeriahan, masya-Allah saya sudah
terbayang-bayang. Setiap kali sahur, emak (arwah) akan sibuk di dapur. Bunyi
kelakang kelekung, memang rindu mahu merasa memori seperti dulu.
Mata
terpisat-pisat apabila dikejutkan emak. Walaupun mengantuk, makan tetap
berselera. Kerana apa, kerana hasil air tangan emak. Ketika masih kanak-kanak,
dugaannya memang lah berat. Dulu-dulu masa siang hari rasanya sangat panjang,
jika dibandingkan dengan sekarang. Bangun pagi tengahari, petang sudah maghrib.
Kalau mahu menahan lapar tu selalunya saya asyik-asyik mandi, kalau tak pun
tidur. Sudah namanya budak-budak kan.
Kalau petang, selalunya tugas saya beli air batu (ais ketul) yang berbentuk empat segi. 20 sen sahaja harganya. Masuk dalam plastik gelenya atau plastik rok rak (bahasa kelate), sampai rumah letak dalam bocong merah.
Menjelang mahu berbuka, biasanya kalau minuman istimewa adalah air kelapa. Mudah sahaja, keliling rumah saya memang banyak pokok kelapa, tiada masalah. Kalau lauk pauk memang lah mewah, sebab ayah nelayan. Ikan segar seperti kerisi akan dibakar dengan tempurung. Kalau mahu lagi sedap, emak akan perap satu malam dan untuk sahur makan ikan kerisi gemuk yang diperap. Makan bersama nasi panas-panas. Memang terbuka selera.
Jika ada ikan selar atau kembung yang besar-besar, emak akan buat ikan percik. Lauk pauk Alhamdulillah, rezeki kami anak nelayan. Kuih muih biasanya emak akan buat belda telur, atau namanya agar-agar santan. Selalunya juga pengat pisang dan juga sira pisang. Istimewa lagi kalau ada air tuak atau nira kelapa. Ini bukan tuak yang masam dan mabuk ya. Ini minuman istimewa bulan puasa, biasanya boleh dapat murah, kerana bapa saudara menjual nira kelapa. Aduh sedapnya. Lagi istimewa ayah suka letak buah kabung, isi kelapa muda, susu dam sirap, ditambah juga dengan cendol. Memang sedap. Kami budak budak air kelapa muda dan sup ayam, tambah ayam kampung goreng cukup dah. Kenyang sangat.

Ikan bakar, ikan kembung percik,
ikan pari bakar cicah asam, kerabu lawa ini menu biasa orang tepi laut. Gulai
ikan tenggiri, biasanya ikan tu perap satu malam, baru esoknya gulai.
Akok,
nekbat, sira pisang, pengat pisang ini manisan istimewa di negeri Kelantan
ketika Ramadhan. Hidangan membuatkan kita teringat kenangan lalu.
Persiapan
pakaian raya selalunya emak akan membeli kain ela untuk dibuat baju kurung dan
sepasang gaun. Biasanya arwah nenek yang selalu hadiahkan. Saya teringat sepasang
gaun kembang warna kuning kepunyaan saya, biru kepunyaan kakak. Apabila
memakainya sangat bahagia dan seronok.
Salah
satu kemeriahan setiap tahun adalah ayah akan membuat majlis berbuka puasa.
Berbuka dengan hidangan talam, masakan pula dilakukan secara berjemaah dengan
saudara mara. Lingkungan 10 hingga 20 keluarga hadir. Itulah majlis berbuka
tahunan yang saya selalu ingat. Namun kini ayah sudahpun semakin uzur, moga
kedatangan Ramadhan kali ini ayah masih sihat dan dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna. Insya Allah.
Kini
saya pula bergelar ibu anak enam. Tentunya Ramadhan kali ini juga berbeza.
Tidak ada lagi kenangan berbuka puasa bersama arwah emak. Malah dua tahun lalu
dua mertua juga sudah dijemput Illahi. Usia juga bakal menginjak 40 an dan anak
anak sedang membesar.
Saya
melihat anak anak lalu terkenangkan saya masa dahulu. Apa momen yang saya bakal
tinggalkan buat anak anak saat ini agar mereka mempunyai kenangan manis bersama
ibu dan ayah.
Selain
kemeriahan berbuka, sudah tentunya kita isteri, ibu, wanita banyak membuat
persiapan. Persiapan Ramadhan agar boleh fokus berpuasa dengan tenang. Teringat
saya ketika tiga anak masih kecil. Membeli persiapan raya adalah paling sukar.
Kerana hari yang panas, kesesakan jalan raya mahupun di pusat membeli belah.
Memandangkan saya mempunyai anak kecil saban tahun, mahu atau tidak dibawa
bersama untuk membeli pakaian raya. Keletihan apabila sampai di rumah
membuatkan tahun berikutnya perlu merancang dengan lebih baik. Apa tidak saya
terpaksa membawa tiga anak dalam troli, juga aksi berkejaran anak berlari ke
sana sini. Tahun berikutnya kami mengambil cuti membeli belah pada hari
bekerja. Ia lebih lapang. Manakala pakaian anak anak kami ukur sahaja dengan tali.
Ini juga contoh momen persiapan raya ayah belikan saya selipar dengan mengukur
dengan tali rafia.
Tahun
berikutnya lagi apabila anak anak bertambah, saya hany ukur dan membeli ketika lapang dan berdikit
dikit sehinggalah selesai. Tambahan pula kerja saya kini lebih fleksibel jadi
anak anak ke sekolah saya akan melencong membeli keperluan.
Saya
terbaca perkongsian seorang teman, beliau membeli belah hujung tahun ketika
musim jualan murah. Membeli banyak serentak kerana itulah pakaian raya dan
itulah pakaian untuk setahun. Beli banyak, serentak dan sewaktu jualan murah.
Ini sangat bagus untuk dipraktikkan terutama mak anak ramai. Terutama kini
sudah banyak gudang yang menjual jualan borong. Cara ini sangat digalakkan
untuk berjimat.
Satu
lagi strategi lagi adalah menyediakan bajet khusus untuk raya. Iaitu tabung
raya. Sekiranya anak 6 orang, jadi RM6 perlu disimpan setiap hari. Katakanlah
jumlahnya RM200 sebulan sudah disimpan untuk tabung raya ini sangat memudahkan.
Beli awal pada bulan jualan murah. Sebelum bulan puasa semuanya sudah siap.
Jadi mak boleh bertenang sepanjang Ramadhan, fokus untuk beribadah sahaja.
Tidak ada lagi kesibukan saat akhir, jiwa juga lebih lapang.
Begitu juga selepas selesai musim
perayaan. Anak anak selalunya menerima duit raya. Usaha yang paling awal
diterapkan pada anak anak adalah menyimpan di tempat khusus semua wang yang
diterima. Atau hanya memberikan sedikit imbuhan dengan membeli buku buku yang
berfaedah. Simpanan tabung haji sebagai contohnya. Menggalakkan anak berjimat
cermat merai kesederhanaan bulan puasa dan perayaan dengan berhemah. Bukan
dengan kemeriahan, pembaziran yang berterusan. Siapa anak kita esok adalah
hasil didikan hari ini. Saya juga sedang belajar dan terus belajar dalam soal ini.
Jika dahulu sebelum hijrah ke kampong,
kami juga berpeluang berkonvoi beramai ramai untuk balik raya. Apa yang saya
perhati apabila kita pulang berkumpul di rumah sendiri atau keluarga mertua
beberapa persiapan juga adalah perlu. Menyediakan wang belanja dapur, atau
mewujudkan tabungan khusus dengan adik beradik. Agihan tugasa juga perlu,
kerana ketika inilah keluarga berkumpul dan ramai. Sudah tentunya ada banyak
kerenah. Selain bertolak ansur, ringan tulang di dapur atau menyumbang apa
sahaja dari segi kewangan. Keseronokan berganda apabila kita meraikan dengan
penuh tolak ansur dan kerjasama. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik
dari tahun tahun sebelumnya. Insya Allah. Selamat menyambut Ramadhan mohon maaf
zahir dan batin buat pembaca, kenalan dan rakan rakan. Sahut Ramadhan kali ini
dengan penuh persediaan dan ketenangan.
Seronok baca kenangan puasa Kak Mas masa kecil. Teringat kenangan sendiri juga walaupun tak banyak. Hehe.
ReplyDeleteKak Mas, ikan yang diperap satu malam tu, diperap dengan bahan apa?