Teks: Masayu Ahmad
Pejam celik pejam celik Syawal kembali, ia mengembalikan
nostalgia bersama arwah mek (emak). Tahun 2010 saya berkesempatan membuat
sedikit majlis makan-makan semasa bulan syawal. Pada masa itulah kali terakhir
arwah berkunjung sebelum balik seminggu kemudian meninggalkan kami. Kunjungan
itu adalah terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Betapa sekejap sahaja masa berlalu. Al-Fatihah. Syawal kali ini adalah tahun ke lapan kami sudah tidak ada nenek untuk bersama merai. Saya akan sentiasa ingatkan arwah dan hujung doa setiap kali memohon keampunan Nya untuk arwah dan agar rohnya dicucuri rahmat.
Setiap kenangan melekat kukuh. Saya rindukan akan zaman kanak-kanak dan remaja. Masakan dan kesederhanaan menyambut lebaran. Ada satu lebaran, saya bersama kakak di pagi Syawal ke rumah tukang jahit. Baju raya kami belum siap dijahit. Jadi menantilah kami di hadapan mesin jahit sebelum dapat berpakaian raya. Ketika orang lain sedang bergembira berpakaian baru, makan juadah istimewa. Akhirnya dengan kegigihan tukang jahit, siap juga baju raya kami. Kami sudah gembira, tukang jahit terus menjahit, kerana sebentar kemudian beberapa orang kanak kanak lagi dating mahu menuntut baju raya mereka. Bergembiralah kami mencuba kemudian terus mengayuh pulang ke rumah. Tanpa berbasuh itulah baju raya paling meninggalkan kenangan. Seronoknya kerana dapat beraya seperti kanak kanak yang lain.
Betapa sekejap sahaja masa berlalu. Al-Fatihah. Syawal kali ini adalah tahun ke lapan kami sudah tidak ada nenek untuk bersama merai. Saya akan sentiasa ingatkan arwah dan hujung doa setiap kali memohon keampunan Nya untuk arwah dan agar rohnya dicucuri rahmat.
Setiap kenangan melekat kukuh. Saya rindukan akan zaman kanak-kanak dan remaja. Masakan dan kesederhanaan menyambut lebaran. Ada satu lebaran, saya bersama kakak di pagi Syawal ke rumah tukang jahit. Baju raya kami belum siap dijahit. Jadi menantilah kami di hadapan mesin jahit sebelum dapat berpakaian raya. Ketika orang lain sedang bergembira berpakaian baru, makan juadah istimewa. Akhirnya dengan kegigihan tukang jahit, siap juga baju raya kami. Kami sudah gembira, tukang jahit terus menjahit, kerana sebentar kemudian beberapa orang kanak kanak lagi dating mahu menuntut baju raya mereka. Bergembiralah kami mencuba kemudian terus mengayuh pulang ke rumah. Tanpa berbasuh itulah baju raya paling meninggalkan kenangan. Seronoknya kerana dapat beraya seperti kanak kanak yang lain.
Kemeriahan
tahun ini sangat berbeza, sudah tentulah berbeza kerana usia kita semakin
menginjak matang. Kali ini kami sekeluarga mahu sederhana sahaja. Titipan
memori lalu tetap kunjung tiba. Kali ini hanya tok ayah sahaja bersama kami.
Juga tahun ini kami masih seperti lapan tahun lalu, tidak ada lagi istilah
balik kampung. Balik kampung adalah pada pagi Syawal, perjalanan hanya sekitar
30 hingga 40 minit sahaja.
Warga perantaulah amat
terkesan bukan sekadar persiapan pakaian, persiapan juadah, malah persiapan
balik kampung juga memerlukan kos yang agak besar. Duit minyak pergi balik,
duit tol dan duit kecemasan. Ini semua perlu dikira dan disediakan. Takkanlah
tidak mahu pulang dan berayalah hanya satu keluarga di taman perumahan kerana
tidak ada bajet. Mungkin ada keluarga
begini yang tidak mampu balik. Tetapi apabila melihat kesesakan jalanraya
ketika musim perayaan, itulah gambaran sebenar. Masa inilah mahu merai hari
gembira bersama keluarga di kampung.
Apa beza raya dahulu
berbanding sekarang? Kita toleh kembali ketika masih zaman kanak kanak.
Sepasang baju raya, mungkin sepasang lagi baju gaun kembang. Ini sangat mewah. Emak
kita mungkin hanya pakai pakaian yang paling baik yang jarang sekali dibeli
tetapi yang masih ada dalam gerobok yang disimpan rapi.
Tidak ada istilah
sedondon, tidak ada istilah hari pertama pakaian tema biru, raya ke tiga tema
hijau, raya ke empat tema kuning begitulah sampai seminggu. Semuanya bertema
dan persalinan berlainan. Jika anak seorang baru 3 persalinan bayangkan anak
ramai 7 orang sudah mencecah 21 persalinan. Banyaknya kita mengeluarkan belanja
seolah ia sudah perkara wajib yang perlu dipenuhi.Adakah kerana mengikut trend,
lalu kita terpaksa pulun untuk bersedia sebegitu rupa.
Itu
baru persiapan pakaian. Kita lihat pula juadah. Dulu dulu apa yang penting
adalah ziarah dan menjamu tetamu seadanya. Mungkin juga faktor ekonomi. Kalau
kita lihat juadah lebih kurang sama sahaja. Jika di Pantai Timur tempat saya
ketupat dan palas dan tapai pulut adalah antara yang selalu menjadi hidangan.
Pergi ke rumah Mak Piah ketupat daun palas, ziarah ke rumah Mak Ngah tapai,
singgah pula ke rumah Mak Long ketupat juga. Ia juadah istimewa yang wajib ada.
Kita tidak cerewet dan makan dengan gembira apa yang dihidangkan. Berbeza kini,
rumah Mak Usu ada nasi dagang, rumah Mak Long ada nasi arab, rumah Mak Ngah ada
nasi ayam goreng berempah. Kita menghitung hitung mahu terjah rumah mana dahulu
yang paling istimewa juadah. Begitulah.
Dahulu, menu menjadi banyak kerana kejiranan
akan bertukar juadah. Contohnya jiran saya sebelah kanan, saya tahu menunya
adalah pulut pagi, Maka apabila dihantar ke sepuluh rumah, akan dapat pula 10
jenis yang berlainan. Tidak perlu memasak banyak juadah. Ini kehebatan raya
dulu dulu, kerana kini ia semakin ditelan masa.
Kemeriahan hari raya
pertama dan ke dua sahaja. Kemudian kembali menjalani rutin kehidupan seperti
biasa. Tidak seperti kini, raya dikatakan sebulan. Tidak cukup di kampung
katanya bersama sanak saudara, kemudian pulang pula ke bandar berhari raya pula
bersama rakan rakan dan kejiranan tempat didiami.
Kemudian masa berlalu,
kita melihat banyak perubahan menu lebih meriah dan mewah. Bukan sekadar
merancang masakan dan juadah hari pertama, ke dua, ke tiga. Jamuan raya untuk
pejabat, jamuan raya untuk rakan sekolah, jamuan raya untuk teman teman rapat.
Pelbagai lagi tema jenis juadah.
Ia seolah menjadi satu
trend dan pembaziran. Bukan sekadar persiapan raya yang berlebih lebihan,
malahan sambutan raya menjadi berlebih lebihan.Kita kembali kepada
panduan al quran dan sunnah. Kita sepatutnya membesarkan Ramadhan berbanding
bermewah mewah di bulan Shawal. Siapa mulakan trend sebegini tidak pula kita
tahu.
Mungkin juga kerana
kemampuan dari segi kewangan dan ekonomi, masyarakat berubah gaya hidup.
Kembali semula kepada asas, kita perlu memulakan semula bagaimana memupuk
kesederhanaan dalam menyambut apa sahaja hari istimewa. Ia masih meriah dan
tidak berlebih lebihan.
Konsep minimalis masih
sesuai untuk diterapkan. Jika ada langsir yang masih elok, gunalah ia tidak
perlu bertukar langsir baru, perabot baru semata mata kerana mahu menyambut
Hari Raya. Ia setahun sekali tetapi berpadalah.
Pakaian pula jika masih
elok, atau rancang semula pembelian agar tidak membazir. Seperti saya tulis
pada artikel lepas. Bagi anak anak ramai boleh beli banyak dan ia adalah
peruntukkan untuk setahun. Tidak ada lagi pembelian pakaian pada bulan bulan
lain selepas ini. Bulan bulan lain boleh kita fokus untuk simpan sebagai
persediaan pembelajaran anak anak yang jauh lebih penting.
Juadah raya mungkin
berpakat bersama ahli keluarga. Satu tabung khusus dan bajet sudah pun dibuat
setiap tahun. Jika tidak pernah maka sudah boleh berbincang. Katakanlah adik
beradik lima orang, meletakkan RM50 setiap orang. Jadi sudah terkumpul RM50 x 5
beradik x 12 bulan sudah berjumlah RM3000 wang belanja raya. Ia sudah cukup
banyak, orang tua di kampung tidak lagi perlu pening kepala menyediakan
keperluan anak cucu yang pulang beraya. Tidaklah pula ada yang mengungkit aku
yang belanja dapur, aku yang ke pasar aku yang masak. Tetapi semua perlu ambil
tahu dan peduli. Bukan sekadar ambil tahu dan kemudian buat buat tidak tahu dan
perasan.
Malah ia sangat
membahagiakan anak anak ambil tahu dan ambil peduli wang dapur dan perbelanjaan
ketika menyambut lebaran. Bajet belanja dapur, bayar bil air dan elektrik sudah
tentu penggunaannya berganda ganda. Usai pulang wang itu boleh dititipkan pada
tapak tangan orang tua. Mereka bahagia, kita bahagian, keberkatan juga ada.
Kerana kita berjaya tidak membazir, berjaya bersatu hati dan berjaya pula
mengembirkan orang tua.
No comments:
Post a Comment