Teks: Masayu Ahmad
Kita adakalanya merasa
malas, lemau, tidak bersemangat, mahu berada jauh di zon yang tenang tidak mahu
berbuat apa apa seketika. Begitu juga halnya anak anak. Mereka juga ada rasa
perasaan demikian.
Kalau boleh setiap hari
kita mahu hari yang sempurna. Anak anak
boleh bangun sewal dinihari tanpa perlu dikejutkan. Berjemaah di masjid sebelum
ke sekolah. Mood tenang dan lapang sebelum masuk ke kawasan pagar sekolah.
“Ibu hari ini baju
sukan.”
“Ibu hari ini perlu
fotostat.”
“Ibu kerja sekolah ada
lagi belum siap.”
Lalu kepala ibu berpagi
lagi sudah berasap, mahu marah mahu mengeluarkan bebelan. Kadangkal ibu berada
dalam keadaan tenang, kadangkala tercabar juga emosi. Kerana pagi adalah waktu
puncak permulaan hari yang perlu kekal berada dalam suasana tenang.
Peraturan asasnya ada
dalam kepala seorang ibu. Kadangkala anak anak mendengarnya sebagai bebelan.
Setiap hari dinyatakan pada anak anak tanpa jemu. Walhal solusi yang mudah
hanya tulis dan tampal di dinding.
Penulis juga sebagai
seorang ibu kadangkala selalu terbabas mulut membebel tanpa henti. Apabila anak
anak menunjukkan reaksi kami tidak mahu dengar. Barulah saya perasan saya sudah
menjadi ibu yang suka berleter. Lalu mencari solusi terbaik, agar keadaan
menjadi normal dan neutral.
“Sakit telinga saya
macam mahu cair kalau ibu mula membebel.”
Tersentap saya sebentar
apabila Arif anak nombor dua menyatakan
demikian. Benarlah ia adalah teguran si anak secara jujur. Lalu saya perlahan
lahan mencari solusi mengubah diri sendiri.
Saya juga perasan
apabila balik sekolah anak anak tidak suka ditanya bertalu talu, Walhal sebagai
ibu, kita memang tidak sabar mahu tahu apa perkembangan di sekolah.
Ada satu ketika, Arif
memaklumkan si ayah keputusan peperiksaan Selalunya sayalah tidak sabar mahu
tahu. Saya tersentap lagi.
Saya segera menukar gaya. Tidak lagi membebel,
cuba senyum dan tutup mulut rapat rapat.
Ada satu ketika saya
merasakan ia satu pesanan kepada diri sendiri. Membuatkan saya mahu berubah
menjadi ibu yang lebih mesra anak anak, bukan ibu yang dicop suka membebel.
Di dalam kereta dalam
perjalanan ke sekolah saya menukar gaya berbual bual. Saya berdoa sambil
memandu, jadi keadaan lebih tenang.
“Ibu sudah ada
peningkatan ujian bulan lepas.” Masuk kereta Arif memaklumkan saya.
Alhamdulillah,
nampaknya ia berhasil. Ubah gaya membebel kepada berbual bual. Ia lebih mesra
dan harmoni.
Jadi latihan bagi
mengekalkan aura ibu positif, diam, jangan marah marah, jangan membebel,
senyum, berkasih sayang dan doa yang baik baik. Ini satu terapi buat ibu dan
juga anak anak.
Kapsul tenang
Berpeluk dan bersalaman
adik beradik. Ada satu pagi saya terpana melihat 3 beradik. Di perkarangan
sekolah sebelum beredar ke kelas masing masing mereka bersalaman Si abang dan
si adik. Manis sangat momen ini. Saya belajar sesuatu di sini.
Sangat harmoni. Jadi
saya praktikkan benda yang sama anak anak sebelum turun kereta bersalaman
dahulu. Langkah mereka lebih tenang ke sekolah.
Terima kasih buat ibu
dan anak anak tersebut, saya belajar sesuatu.
Ada seorang mak dia
keluar dari kereta dan mengusap kepada anak agak lama dan memeluk. Sungguh
sunggu dipeluk seperti mahu tinggal lama. Dicium pipi kiri dan kanan. Dua sahaja
anaknya.
Satu lagi momen mak
hantar anak terus ke dalam mungkin ke kelas. Saya suka yang ini, boleh praktik
untuk Ammar dan Amni. Bongsu lelaki dan bongsu perempuan. Suka sangat lihat
anak anak bertebaran keluar meraih ilmu.
Bagaimana pula untuk
mengekalkan aura positif kerana anak anak juga seperti kita ada masa letih,
lesu dan tidak bersemangat. Saya hadir bulan lepas ke satu program motivasi
untuk anak anak remaja. Saat penceramah
melontarkan kata kata motivasi, kita sebagai emak jatuh juga air jernih. Hadir
lintasan kuasa ibarat tenaga elektrik.
Naik turun dibawa gelombang
rasa. Apakan tidak apabila disentuh adab ibu dan ayah.
Siapa kita di hadapan
ibu dan ayah?
Celakalah bagi mereka
yang ada ibu dan ayah tetapi tidak masuk syurga!
Apabila melihat tangan
anak anak bersemangat mengikut rendak penceramah di hadapan. Kita sebagai mak
juga turut naik semangat. Kata kata semangat kemudia dilontarkan semuanya penuh
bertenaga dan gemuruh suasana dewan. Mengalir satu semangat baru yang meresap
ke dalam diri. Benarlah orang yang tenang itu selalu menang. Lalu keluar saya
dan anak dengan satu semangat baru. Motivasi ia ibarat satu sumber tenaga yang
perlu dicari dan dicaj sentiasa.