Tuesday, September 4, 2018

Pergi tak kembali

Teks: Masayu Ahmad

Malam 30 Ogos 2018, saya menerima panggilan dari adik. Selalunya saya tidak pernah sekali terima panggilan pada malam hari. Jika ada sekalipun saya tidak hiraukan kerana berada dalam mood 'silent'. Selepas adik memaklumkan keadaan kakak, kami bersegera ke rumahnya di Rantau Panjang.

Sekujur tubur terbaring di ruang tamu. Saya peluk kakak dalam esak dan tangis beliau. Itulah hari terakhir arwah abang ipar pergi pada jam 12 malam Jumaat 30 Ogos 2018.

Kehilangan kali ini cukup terkesan pada saya, kerana pernah berlaku 8 tahun yang lepas ketika kehilangan arwah mek. Saya menemani ayah selama sebulan di rumah, kemudian bawa ayah ke rumah.

Kini tugas saya kembali, bersama kakak tidak kira masa. Agar beliau tahu saya sentiasa ada di sisinya. Luahnya dia sentiasa sedih dan teringat akan arwah. Malam semalam juga menelefon saya. Saya hanya mendengar dan sentiasa mendoakan kakak tabah.

Dalam situasi di atas kakak mengalami situasi mengejut kehilangan ketua keluarga. Insya Allah keluarga sentiasa ada untuk memberi sokongan.

1 comment:

  1. Tak dapat bayangkan bagaimana nak teruskan hidup kehilangan secara tiba-tiba. Semoga kakak puan terus tabah dan kuat demi anak-anak.

    ReplyDelete