Thursday, May 14, 2020

Salam 22 Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad


Lamaaa sungguh berhibernasi. Catatan akhir 9.9.2019 kemudian saya menghilang. Benarlah tahun demi tahu bertarung masa dengan anak anak yang sedang membesar.

Bermula Hakim, bersambung Arif kemudian Aiman yang menduduki peperiksaan besar saban tahun. Mahu atau tidak saya memperlahkan sekejap tumpuan kepada kerja kerja penulisan.

Mencari tempoh bertenang. Sejak tempoh kawalan pergerakan ini, memasuki 2 bulan. Nyata ada ruang untuk menyusun semula.

Banyak pertanyaan berkaitan kelas ebook, jadi saya sudah mula buka semula pendaftaran untuk kelas sesi Jun 2020 insya, Allah.

Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi.